Lihatlahh

Lihatlahh

Tuesday, December 20, 2011

Dangdut

Hi Uols....


Tiba-tiba nak layan dangdut pulak...mari kiter goyang!ayuk....gelek-gelek taw......huhuhu...Syok kan...boleh kurus sekali dan sambil nyanyi..

Cintaku 100%..hahaha...gelek-gelek macam mas idayu....

Sebab tadi ada borak ngan geng beg selempang pasal lagu siti yang aku cinta padamu.Lagipon semalam opismate nyanyi dalam kete kuat-kuat mase jam sampai mamat bawak motor terpegun..wakaka..!Pastu ingat lagu lame siti teringat lagu dangdut lame...best gak layan kat you tube ni:D

Monday, December 19, 2011

Siapa diriku disisimu


Hembusan angin bagai membawa berita..
Berita yang mengecewakanku..
Apa yang terjadi bukan yang ku impikan..
Namun ku tabahkan hati ini..

[Chorus 1]
Sayangku..
Ku tahu kau tak ingin begini..
Tapi kau..sanggup lakukannya..
Betapa..hatiku hancur musnah berderaian/berderai..
Tidak seorang pun yang memahami hati dan perasaanku..

[Chorus 2]
Kerna cintakanmu kujadi begini..
Kerna sayangkanmu kutelan semua..
Betapa hebatnya kau dihati ini..

Kenapa kau tak pernah fikirkan aku..
Kenapa si dia jadi pilihanmu..
Ku sedar siapa diriku di sisimu..
Disisimu..

Kuharap suatu hari kaukan mengerti kasih..
Siapa diriku di sisimu..
Pengorbananku bagai tak pernah dihargai..
Ia bagai angin yang berlalu..

[Repeat chorus 1-2]

Kenapa kau tak pernah fikirkan aku..
Kenapa si dia jadi pilihanmu..
Ku sedar siapa diriku di hatimu..
Kasih..

[Repeat chorus 2]

Kenapa kau tak pernah fikir hatiku..
Kenapa si dia jadi pilihanmu..
Ku sedar siapa diriku di sisimu..
Di sisimu..di sisimu..
Aku di sisimu..


Malas

Hi Uols...


Aku da start malas nak wat keje...aku duk pikirkan balik kampung...aduhh! sangat lambat hari jumaat pulak..cepatlah putar waktu...aku tak sabar nak jumpa fameli terchenta di hati....bila malas macam-macam rasa ada serta ngantuk jer:D

Tiada Dua

Hi Uols....


Dua hari weekend aku marathon baca novel Tiada dua.Novel sangat best dan jalan citer menarik.Kadang-kadang bila kiter baca novel ni boleh bagi kita pengajaran dalam citer ni mengenai perkahwinan yang dirancang oleh keluarga tanpa kerelaan hati antara dua pasangan iaitu Nurin Syakirah dan Faizal Faiz tetapi akhirnya bahagia setelah onak dan duri serta ranjau dalam hubungan rumah tangga.Selain itu,kerana ego akan membuat cemburu yang membara serta berlaku pergaduhan..Aku suka sangat novel~ kadang-kadang watak dalam novel terbawak-bawak ke mimpi..hehehe...



Sinopsis Tiada Dua

" Kalau dia tu bukan suami awak, habis siapa lelaki tu? Saya tak nak berkahwin dengan perempuan yang dah bersuami. Atau awak ni dah bercerai dan sekarang memakai status janda, macam tu?”

Hati siapa yang tidak terluka apabila diri difitnah dan dihina oleh bakal suami sendiri. Begitulah situasi yang sukar diterima oleh Nurin Syakirah. Bolehkah dia hidup sebagai sepasang suami isteri bersama lelaki yang bernama Faizal Faiz?

Walaupun, cintanya terhadap Norsiah tidak pernah pudar, Faizal tidak mampu untuk menolak jodoh yang sudah ditetapkan oleh ibunya. Demi menjaga hati Hajah Sepiah, dia terpaksa menerima Nurin Syakirah sebagai isterinya dengan rasa berat hati walaupun tahu Nurin bukan gadis baik. Nurin punya hubungan dengan Shamsul sebelum mengahwininya. Lalu dia bersikap dingin dan tak peduli. Hanya di depan keluarga mereka berpura-pura baik.

Pergolakan rumah tangga Nurin dan Faizal semakin berkocak apabila Shamsul tidak berhenti mengejar Nurin untuk mendapatkan cinta gadis itu kembali. Isterinya, Jasmin, langsung tidak dihiraukan. Dan kemunculan Norsiah secara tiba-tiba membuatkan Faizal cuba mendekati wanita yang sudah menjanda itu. Tetapi semakin dia cuba untuk mencintai Norsiah seperti dahulu, wajah Nurin mula terbayang dalam fikirannya. Dia mula cemburu dengan isteri sendiri.

Apakah dia sudah jatuh cinta kepada isterinya kini? "


Bagi 4 star...star..star..star

Saturday, December 17, 2011

My tempat di OPis

Pink saje:)




Selerak sila abaikan:D

Bas banjir

Hi Uols...


Jangan sangka kuala lumpur jer banjir tapi bas kat KL juga banjir taw...sila tengok picture yang tak bape nak terang...





kakak ku lagi!




Doakan semua okey erk!!sedey.....

Thursday, December 15, 2011

Terlanjur mencintaimu

Hi Uols....


Aku baru abis baca novel terlanjur mencintaimu.sangat-sangat best taw!tu boleh bawak ke mimpi....kakaka....Jalan cerita dia sangat menarik dan tidak bosan.Cerita kerana sekeping wasiat boleh bawak kehidupan yang bahagia memang setiap dalam kehidupan macam-macam dugaan so kiter kena percaya dengan pasangan(suami) 99% dan 1% tidak percaya takot kite kecewa.

Fuhh! kepada yang belum baca novel ni sila baca yer...

aku nak amik dari petikan novel ni

"Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu"


5 star

Wednesday, December 14, 2011

Mimpi mainan tido

Hi Uols...


Aku nak share sumthing tapi korang jangan ketawa taw....tapi aku tahu ada geng beg selempang kat sini yang baca mesti dia ketawa sat mesti ada kena bahan..tapi aku nak citer gak....hihi...sebab dah gatal...

korang nak tahu tak?semalam aku mimpi benda yang sama sebelum ni..aku mimpi aku da bertunang..hahaha...memang kelakar tapi kali ni dengan orang yang lain tapi name dia tetap sama HAFIZ..adakah jodoh aku dengan name itu?wakaka...Tapi best siap da sarung cincin la...giler tol mimpi ni...kalau real aku tak tahu macam ne mesti gedik gila kan...hahaha

Aku rase mimpi ni disebabkan pengaruh novel kot.Ada aku terbaca satu novel ni dia bagitahu seorang yang baca novel sangat romantik dan suka berimaginasi..Mungkin sampai masuk mimpi aku.

Monday, December 12, 2011

Kakak Ku!

Sedeynyer tengok picture ni....

Kawan-kawan Blogger doakan selamat okey!

Assalamualaikum blogger

Hi Uols


Aku nak kawan-kawan dalam blogger yang baca blog aku ni doakan akak aku selamat dalam pembedahan pagi ni..Hopefully tak de pape...Harap-harap berjalan lancar...amin!Aku hanya boleh mendoakan dekat kl jer ni..aku tak dapat balik....

Back to track...disebabkan minggu lepas aku dok melantak macam-macam..so Pagi ni aku start balik diet atkin..Hopefully capai target...hehehe....

Friday, December 9, 2011

Pandainyer dia

Hi Uols....

Before ni aku ada cerita tentang anak sedara aku yang name dia yaya nak sangat adik gurl kan..tapi bila scan dapat boy kan..so akak dan hubby decide name bakal baby boy tu Mohamad Aide Putra Bin Mohd Jalil kan...sangat cantek macam adi putra kononyer....hahaha...Tapi anak sedara aku boleh cakap sume nak name macam tu...ish..!menda tak sangka lak tu.

Nama abah Jalil macam bukit Jalil
Nama aide Iskandar macam bangunan Iskandar
Nama adik Putra dah macam putrajaya...

Macam name tempat sumenyer...so ape pendapat korang?hehehe

kelakar..budak darjah 2 boleh pikir macam tu kan....hehehe

Thursday, December 8, 2011

Saving for lunch

Hi Uols....

hehehe....alhamdullilah kenyang pastu lunch untuk 2 hari ni ada orang belanje...suka2!!!!..sok sape lak erk....huhuhu...semalam ada my kawan belanje lunch di caferia..hehehe...i wish thanks sekali dia jawab "rezeki yang Allah bagi kena agih-agih kan,mudah-mudahan berkat"...pehhh maksud sangat mendalam la...papepon terima kasih...sempat dia cakap bila orang tu nak belanje dia...hehehehe..tunggu la yer bila saya free..Harini tak sangka ada vendor nak belanje my team makan.Kitorang makan dekat the loof dekat bangsar village..Boleh tahan harga dan makanan sedap gak tapi makanan aku lambat sangat sampai mesti dia tahu aku on diet la..huh!!orang da habis makan baru sampai malu aku>_<!orang tengok aku makan...tapi tak tahu ada ke...hehe..tak snap picture bley la makan..name makanan aku Chicken toast....

Alhamdullilah~

Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari:D

Diet still diet

Hi Uols...


Sejak-sejak minggu ni aku tak displin la sebab aku duk kacau makanan orang yang manis-manis belaka..adui!! nape begini alin?so aku decide minggu depan aku nak displin ye..lagipon stok makanan kat umah da kurang la...weekend ni aku nak membeli belah..shopping barang makanan..Tapi pagi tadi 1st time aku makan bee hoon wah sungguh enak walaupon tawa tak der rase wey...tak sedap...Huh! tapi sekarang ni aku kureng sikit karbohidrat tu..makan-makan juga dalam kadar sikit la...wat alas perut..hehehe:D...chaiyok!!!!!!!!Kawan angka 8 da takde...sekarang aku nak hilang kan angka 7 perlahan-lahan..please support me okey!


Angel in the Devil's suit

Hi Uols...


Aku baru lepas baca novel ni..huh! aku rase kureng sikit sebab tak best la..jalan citer sangat lambat dan pajang sangat lagi satu bukan budaya malaysia.So citer alah-alah korean la..Tu pendapat aku tapi aku tak tahu orang lain macam ne kan.Mungkin aku ni suka bab cintan cintun la dan kasih sayang yang lebih..ni lebih pada budak-budak kot..Ada  masalah ngan keluarga tapi tak boleh nak faham la..





sinopsis

"Dew dan Jeremy adalah orang berlainan tetapi mempunyai wajah yang seiras,
nama yang serupa dan suara yang seakan.
Namun perwatakan dan keperibadian mereka terlalu berbeza sehinggakan Camie,
gadis yang paling rapat dengan mereka menggelarkan mereka dengan gelaran The Angel dan The Devil.

Jeremy, insan amat dicintai oleh Camie dan mereka saling menyayangi.
Namun, hubungan kasih mereka akhirnya terlerai
apabila Jeremy yang selama ini mempunyai penyakit telah meninggal dunia.

Dew pula seorang pelajar yang digelar The Taiko
oleh semua pelajar dan guru-guru di sekolahnya.
Berjumpa dengan Camie yang menjadi pelajar baru di sekolahnya
dan mengisytiharkan Camie sebagai hambanya.
Mereka bergaduh, membuli, bertekak dan apa sahaja bersama-sama.
Camie hanya menurut dan rela menjadi hamba Dew
kerana wajah, nama dan suaranya yang seiras dengan Jeremy, kekasihnya.

Namun penemuan diari mendiang Jeremy telah membongkarkan identiti
sebenar Dew yang selama ini hanya diketahui oleh ayah Dew dan juga ayah Jeremy sendiri.
Detik penemuan diari itu telah menyebabkan dirinya pening dan keliru.

Apakah rahsia itu?
Bagaimanakah caranya Dew mencari kembali identiti dirinya yang telah dikelirukan oleh diari kepunyaan Jeremy itu?
Berjayakah Camie membantu ‘tuan’nya menyelesaikan masalah itu?"



Aku  bagi 3 bintang..star..star..star

Wednesday, December 7, 2011

Novel Ombak Rindu

Hi Uols...


Tiba-tiba ada akak dekat opis ni bagi cadangan untuk aku yang habit baca novelkan suruh aku bagi pendapat setiap novel yang aku baca.so dapat la idea tapi harap maklum aku akan guna bahasa pasar aku dan ikut suka aku la kan...hahaha!

Sejak sekolah memang suka aku baca novel dan 1st novel yang aku beli adalah ombak rindu yang popular muvee sekarang ni...

Ombak rindu memang best dimana watak dan jalan cerita dia munasabah. Kehidupan seorang anak yatim dan piatu yang menumpang kasih makcik tetapi pelbagai hal dalam kehidupan dia nak kena tempuh.Peh sangat sadis sangat!!!!!!!kehidupan yang penuh cabaran dan onak duri..pelbagai liku-liku yang kena hadapi oleh izzah.Izzah kena tabah mengharungi kehidupan hingga dia bahagia bersama suaminye Harris..

Aku boleh bagi 5 bintang....star..star..star..star..star...

Sinopsis dia


"Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?"

Rinduku umpama ombak yang tak berhenti kasihmu bagai pantai yang setia menanti




P/s:mahu sangat tengok muvee ni..sila bawak aku bley tak?hadah ke nak bawak...hehehe

pelik kan...

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
... Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampaidia mati.

Menceceh

Hi Uols.....


Hari ni nak story ape-ape jer la....kalau nak masuk komen pon bley...sila-sila....


Diet...
Aku still diet kadang-kadang termiss makan benda manis sebab sudah lama rasenyer tak dapat kan..tapi setakat ni aku sudah 3 minggu tak makan nasi cuma mase balik kampung tu je 2 hari songlap makan..haha..mak masak ada tak makan...memang tak kan!so makan la tapi lepas tu menyesal.Jadi aku kena teruskan diet ini...nak kurus kena displin...so korang bagi aku support okey jangan nak komdem kan lagi adalah...hehe..chaiyokkkk!!!!!!!!!!!katakan TAK NAK GEMUK.....................

Family...
Aku dekat KL ni still tenang je padahal dekat johor macam-macam kes...ishh!! aku dok pening nak pikir..
mak dan abah rase orang paling huru-hara disebabkan 2 orang akak aku sakit...hehe..sorry mak dan abah alin tak dapat nak bantu..Akak aku sorang da masuk hospital semalam nak operation hari ini...siap petang semalam mak dan abah dah pergi hospital tengok..tup-tup kena kuar petang sebab darah naik dan batuk.Lagi satu ada satu pakcek yang ngok ngek citer bukan-bukan dengan mak rase darah naik..ish!plis la pakcek orang sakit jangan la citer bukan-bukan bley tak?(macam orang tu dgr kan)...Jadi semangat akak aku jatuh la...takot sangat jadinyer..so abah kena tenangkan dia...Sekali tak jadi operation harini..kena masuk balik pada hari ahad ni..diorang paling enjoy ni sume balik kampung...duduk kampung!!!!!!bagus gak boleh tengok mak dan abah..Yang ni sakit..lala...pening-pening...lepas ni pulak ada lagi sorang...hahaha..cukup bulan ni aku nak dapat anak buah..tak sabarnyer...tu dekat hospital lain pulak...meme tak tentu arah mak dan abah...lepas tu sume balik kampung memang ramai orang  kat kampung...boleh jadi hospital..akak sulung mungkin balik kampung lepas operation dalam 2 minggu kat rumah..tak tahu kalau mase tu akak lagi sorang nak bersalin..ahaks!sorry mak memang tak boley bantu..lin boleh balik hujung bulan ni jer...ishhh!...mari same doakan dorang takde pape okey..


Jodoh.
sekarang ni ramai sangat kawan yang bertunang dan kawen..so aku??lambat lagi calon takde la....hehe...
aku nak macam ni boley "rupa takde tapi poket penuh" ada tak?ishhhh giler demand aku kan...kalau aku kawen aku jemput kawan-kawan blog okey...tapi korang kena bawak hadiah yang besa okey...


kerja
urmmm setakat ni kerja everything okey tapi aku nak cari keje gomen okey tak?cari je dan just apply jer....sebab mak aku nak sangat aku balik johor..maybe boleh tengok kan dorang kot...tapi kalau tempat aku boleh tukar aku just tukar jer....doa-doakan okey...

Kawan-kawan..
sume okey tapi kawan-kawan kalau aku tergurau melampau mintak ampun yer..tapi aku dah lame tak hang out dengan my BFF ernie dan erfa...sekarang ni aku dating tak angkut dak 2 orang ni la...hahaha..nak spend time berdua...Sorry special  takde just boyfriend jer...lalala....memang terpesona!Bila kiter dapat kuar erk laling tercayang masing-masing buzy..rindunyer....!

bagaimana mahu kurus

Dari sudut kesihatan, obesiti merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan nutrisi. Tetapi, dari pandangan mata masyarakat, obesiti adalah satu masalah yang melibatkan gaya hidup dan pemakanan seseorang.

Langsing dan Kurus Adalah Idaman Semua Wanita


Malah, penyakit ini semakin menular dan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia dan latarbelakang. Hal ini terjadi disebabkan oleh faktor obesiti yang datang dalam pelbagai bentuk seperti genetik, gaya makan, gaya hidup, persekitaran, dan lain-lain.

Masalah ini semakin runcing apabila seseorang yang mengalami obesiti lebih suka duduk di rumah dan menonton televisyen sehari suntuk tanpa melakukan sebarang aktiviti. Walhal tindakan itu salah kerana ia tidak memberikan sebarang penyelesaian kepada masalah obesiti.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda seorang yang berhadapan dengan masalah obesiti, anda tidak seharusnya merasa rendah diri dan kerap mengeluh. Sikap seperti itu mampu membuatkan anda tertekan dan tidak seronok menjalani kehidupan.

Oleh itu, di bawah ini terdapat 6 tips untuk anda bersikap ‘Happy Go Lucky’ walaupun badan anda bersaiz besar daripada orang lain.

1. Tolak Tepi Kata-Kata Negatif

- Orang sekeliling anda memang suka untuk mengenakan seseorang yang berbadan besar. Ketahuilah, perkara ini terang-terangan menyebabkan anda menjadi tidak yakin dan merasa diri serba kekurangan. Akhirnya, persepsi itu memusnahkan hidup anda. Oleh itu, anda perlu tangani situasi ini dengan kuatkan semangat seterusnya menghapuskan kata-kata negatif itu daripada terus bermain dalam minda anda. Ianya tidak mudah tetapi anda mampu lakukannya!

2. Fikirkan Anda ‘Luar Biasa’

- Bagaimana untuk lakukannya? Pertama, anda perlu mengubah cara pemikiran anda kepada yang lebih positif. Setiap hari, renung cermin dan katakan kepada diri sendiri bahawa anda seorang yang luar biasa dan lebih hebat daripada insan lain. Amalkan setiap kali bangun daripada tidur sehingga pemikiran itu tertanam dalam minda anda. Semasa merenung cermin, buangkan segala kata-kata negatif yang menghantui diri anda agar teknik ini menjadi lebih berkesan.

3. Bergaya Seperti Yang Lain

- Obesiti bukan penghalang untuk anda bergaya seperti orang lain. Hiaslah diri anda dengan pakaian yang cantik-cantik. Mekap muka anda agar kelihatan lebih menyakinkan dan outstanding. Tiada siapa yang nak marah. Itu kan hak anda!

4. Aktif Dengan Pelbagai Aktiviti

- Sekiranya selama ini anda tidak pernah terlibat dengan sebarang akiviti, inilah masanya untuk anda berbuat demikian. Anda boleh ikuti sebarang aktiviti kelab atau persatuan di sekolah, universiti mahupun pertubuhan luar. Dengan menyertai pelbagai aktiviti, ianya membuatkan anda menjadi lebih mahir dan pakar terhadap sesuatu perkara. Sekaligus membuatkan anda lupa terhadap kelemahan diri yang sedang anda fikirkan.

5. Hangout Dengan Rakan-Rakan

- Sebelum ini, apabila rakan mengajak anda keluar, jawapan yang biasa anda berikan adalah dengan mengatakan tidak. Ini kerana anda berasa malu untuk keluar disebabkan keadaan diri anda yang obesiti. Sepatutnya, anda perlu buang sikap malu itu dan keluar bersama rakan-rakan. Aktiviti itu mampu menceriakan dan menggembirakan diri anda. Hal ini membuatkan anda merasa tidak tersisih.

6. Panjatkan Kesyukuran

- Anda sebaiknya merasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T. Ini kerana, anda bukannya cacat dan langsung tidak boleh bergerak untuk melakukan sebarang kerja atau aktiviti. Ingatlah, terdapat insan yang lebih susah daripada anda. Buktikan bahawa anda mempunyai kekuatan yang tersendiri tetapi tidak dimiliki oleh orang lain.

Sejurus anda mempunyai minda yang positif, mungkin anda boleh mula plan untuk kuruskan badan dengan mengikut panduan yang betul. Jangan terburu-buru dalam menguruskan badan kerana ia boleh membahayakan diri sendiri.


Share from http://leylachubby-leyla.blogspot.com/

Tuesday, December 6, 2011

Kak long!

Hi Uols...


Terima kasih masuk dan blog aku yang merapu ni...hehehe...aku nak korang doakan akak aku selamat yer...hari ni da masuk hospital nak operation besok...Sebab ada ketumbuhan dekat tangan dia...hopefully tak de pape...
doc cakap mungkin operation amik mase sampai 4 jam..

Aku sedey tak dapat nak balik...tengok minggu kalau sume okey aku balik hujung bulan je...ak tak tahu macam mane lagi...hanya dapat mendoakan jer...

Miss kak long sangat!

Like move jagger


suka sangat lagu ni:D

Monday, December 5, 2011

Dating with persona

Hi Uols...


Macam ne weekend okey tak?diet aku still macam tu lagi just ignore nasi kan....tapi ada aku makan kuih sikit,gula-gula sikit,cookies sikit..paling besh air nescafe...huh sedapnyer...tapi time diet ni banyak sangat teringin..adeh!!cuba buang jauh-jauhkan...hehehe....

sambung tajuk atas....

Hari sabtu lepas aku kuar dengan persona...hahaha...(bukan name sebenar)..dia datang dari seremban...lalala....dating katenyer...pergi makan dekat kampung baru tapi satu masalah pergi sana kan..adui kedai makan memang banyak tapi parking susah giler nak dapat pusing 2-3kali baru jumpa parking...ish!!!name jer kampung baru..syurga makanan kan...Ingat nak tengok mid night tapi da lewat so kitorang decide pergi lepak kat dataran jer la...lalala....Tapi sekarang dia pandai nak ajak kuar da sampai highway baru sms...peh kalau dia kat umah lagi aku kelentong la ape-ape je sebab malas nak kuar...sekarang kalau  masuk highway aku kena siap-siap la...adeh...!pandai kan ko sekarang persona...

Thursday, December 1, 2011

Air masak

Assalamualaikum. Hai! :) Entry kali ni nak share serba sedikit tentang khasiat air masak. Selalunya ramai orang yang gemar minum air yang bergula dan berais. Kan? Jangan tipu.. I know that! :P Kalau sehari tak minum air yang berais memang tak sah kan. Macam tak boleh hidup je sebab panas nak nak pulak lepas jogging ke balik daripada kelas ke balik daripada office ke. Am I rite?hehe.. So, ekceli nak di pendekkan cerita minum air yang berais nih memang lah tak elok. Tak elok untuk kesihatan badan. Kesian badan kita. Air sejuk di teguk memang lah sedap je telan tapi hakikatnya dalaman tu tak berapa nak bagus lah kan.hihi.. Sebagai wanita ataupun lelaki baik muda atau pun tua, kita wajib menjaga diri kita. Sayangi badan kita. Salah satu cara yang mudah dan murah ni lah dia minum air masak atau air putih atau air mineral. :)






Badan kita memerlukan banyak air dalam seharian walaupun kita tidak melakukan aktiviti berat sekalipun, dari sistem perkumuhan juga air boleh hilang dari tubuh kita. Kita juga digalakkan meminum air sebanyak yang mungkin dalam seharian. Tahu tak berapa banyak air yang perlu kita minum? Haaaa kalau nak lebih elok minumlah 3 liter dalam sehari. Pandai-pandailah korang kan nak minum lebih daripada tu pun boleh. Lagi bagussssss... Dulu bila cuti sem empat bulan saya selalu minum air masak. Dalam 2 liter pun dah cukup dah. Macam 2 botol air mineral yang besar tu. Memang asyik ke toilet je lah saya. Tapi takpe berbaloi-baloi sebab? Ok, nih nak cite nih. Ce citer ce citer.hehehe :'D



1. Menguruskan badan

Memang sesuai sangat untuk kaum wanita yang tengah berdiet. Kalau kau tak makan nasi sebulan tapi kau makan fast food or whutever yang terang-terang tak bagus untuk kesihatan dah pulak kau pergi minum air bergula dalam sehari berpeket-peket kau habiskan dengan campuran ais berketul-ketul lagi kau hengat boleh kurus?heh. Enggak mungkin sama sekali dong. Enggak bisa. Kan dah loghat indon tibe-tibe.huhu.. Air masak tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. Betol. Tak tipu punya orang. Bila kau minum air masak nih for sure perut korang akan maintain kurus je. Tak buncit pun.haha..

2. Meningkatkan kesuburan

Haaaa.. yang ini mesti ramai yang tak tahu kan?heheh. ( sengih nampak gigi senget :'D ) Ok, for ur information air masak ni jugak dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa. Eyh, bukan untuk orang yang bernama Adam and Hawa je tau. hehe.. :P Jadi pada si suami dan juga si isteri yang nak dapat anak yang ramai sila sila lah mencuba teknik ni ok. InsyaAllah berkesan. :P

3. Melancarkan sistem pencernaan

Sebenarnya minum air masak, air putih or air mineral ni dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien. Jadi korang yang ada masalah sembelit tu terutamanya memang sesuai sangat minum air masak banyak-banyak. Memang tak akan menyesal sebab saya telah pun mencubanya terlebih dahulu.hihi.. Kadang-kadang perut kita ni sensitif sangat dengan pemakanan yang kita makan dalam seharian. Setiap orang berbeza-beza sensitifnya. Makan sikit je dah membuang. Ada yang makan banyak tapi tak membuang-buang pun. Ntah bila lah kan nak membuang.huh. Payah jugak kalau ada masalah macam tu. Toxic dalam badan pun duk terperap je. Bahaya. Jadi untuk selesaikan masalah macam tu salah satu caranya ialah minum air masak banyak-banyak. Jadi proses pencernaan tu akan cepat dan korang akan cepat lah jugak membuang. Tak gitu? And yang paling penting sekali toxic-toxic dalam badan pun tak ada dalam badan dah. Easy rite? Bukan susah pun. Air masak jeeeee ;)



4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser

Air masak bukan sahaja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.


5. Perawatan kecantikan

Kalau kurang amik air masak menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut. Kadang-kadang kalau kita jarang minum air masak ni kan jerawat pun mula lah akan tumbuh. Betol tak? Makan yang berminyak sikit mulalah tumbuh jerawat sana sini. Kulit sangat sensitif pada sesetengah orang. Lain orang lain kulit dan lain juga sensitifnya. Betol dak? Ini semua sebab toxic dalam badan juga. Pemakanan kadang-kadang tak jaga dan kita tak sedar ianya boleh jadi negative effect. Jadi toxic dalam badan akan mangakibatkan jerawat ni tumbuh kat muka kita. Jadi salah satu cara untuk kurangkan jerawat atau tak nak bagi jerawat tumbuh langsung, minumlah air masak banyak-banyak. Cuma terpulang kepada kita je nak atau tak nak. InsyaAllah akan berhasil. :)


6. Tubuh lebih segar dan sihat

Khasiat air masak nih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tetapi juga sebagai zat yang sangat sangat diperlukan dalam tubuh kita. Kita mungkin dapat bertahan bila tak makan beberapa hari tapi tak mungkin dapat bertahan jika tak minum air. Sebab apa? sebab air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.



7. Menyihatkan jantung

Air masak ni juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Malah sekarang ni juga banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air masak.



8. Ubat kepada penyakit strok

Air masak bukan hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, tetapi sangat lah efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air masak ni dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


Which one? fresh orange or air suam? For sure it is difficult to decide rite?hehe.. Think carefully and please make the best decision. :P


Ok, now waktu yang paling sesuai, yang baik untuk minum air masak nih ialah :::


1. Minum 2 gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

2. Minum segelas air masak 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

3. Minum segelas air masak SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

4. Minum segelas air masak SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan strok dan terkena sakit jantung ketika tidur.


Oh itu jelah tips-tips yang aku nak share dengan korang... Kalau korang nak badan sihat, luar dan dalam, minumlah air masak banyak-banyak at least 2 L sehari. Aku pun akan amalkan minum air masak nih. InsyaAllah berkesan. :)