Lihatlahh

Lihatlahh

Saturday, November 30, 2013

Go kart

Assalamualaikum.....



First time pergi sepang pagi tadi sebab main go kart anjuran vendor company..haha! sangatlahh enjoy pergi dengan sis ida...dia pon ada blog dan ni lahh blog follow here:) ! kak ida, Lin promote blog akak... Ok sambung citer...selain sis ida dan ramai gak opismate pergi tapi laki lahh semua..gugurl cume aku ngan kak ida je....cukup meriah gak walaupon berdua...haha! pom pom gurl...yeahh!

Setelah sampai dekat litar, jumpa bos-bos,register dan lepak breakfast dulu. Lepas tu pengajur bahagi kat group untuk masuk ke litar sebab takot berlaku perlanggaran..susah lak ramai-ramai tengah litar. So bila tengok group A main macam seronok lagi ada seorang akak company lain join...so macam best je!

Aku ngan kak ida pening arr! nak main ke tak nak main...dengar si bos lak dia suh main...haha ! pada terus letak nama dan join group B. Bila nak naik go kart dapat rasa satu perasaan TAKOT dan NEBES...haha! gilerrrrlahhhhh.....tak pernah hidup aku main inilahh  first time. So memang layan dan enjoy walaupon aku pergi motong ikut jalan rumput...kedegang!! mati enjin...pehh ! mati enjin dekat 3 kali gak sebab slow time selekoh....haha ! Bila selekoh mesti toleh belakang tengok ada orang tak takot dorang sondol aku dari belakang baru boleh layan selekoh....haha takde side mirror kena original toleh sendiri...

Wahh ! thanks pada penganjur, bosses dan kawan-kawan opis...seronok tadi dan belajar menda baru taw ! Selepas tu, ada final aku tak masuk boleh menyusahkan oranglahh yang nak berlumba-lumba kan...aku ni bagai kan kenderaan berat sebelah kiri. yang mane nak layan lap susah lahh kan...sian dorang! berkorban tak nak masuk lagi...


Ada bape keping aje gambar dalam ni...meh aku share







Thursday, November 28, 2013

GIVEAWAY PLAYBOY ITU SUAMI AKU?!


ASSALAMUALAIKUM !

http://nikainaa.blogspot.com/2013/11/giveaway-playboy-itu-suami-aku.html
[ KLIK BANNER UNTUK JOIN ]



HADIAH UTAMA MERUPAKAN SEBUAH NOVEL PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! 


CARA PEMILIHAN PEMENANG IALAH TOP REFERRAL. JIKA HADIAH BERTAMBAH, PEMENANG DIPILIH SECARA TOP REFERRAL DAN RANDOM.ORG.


UNTUK PENGETAHUAN UMUM TENTANG DRAMA PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! 
BOLEH RUJUK DI SINI.


BACA TIPS UNTUK MENJADI TOP REFERRAL DI SINI DAN SINI

 

REBUT PELUANG INI SEKARANG !!!

Wednesday, November 27, 2013

[ONLINE] Shopping MPH

Assalamualaikum....


Cepat-cepat semua pergi online kat MPH sebab tengah sale 40% selama satu jam daripada pukul 10am - 11am.
Yeah ! aku dah shopping 4 buah novel..ekpresss kan! yela ape yang aku nak mesti dapat kan...hehe !
Tapi kan ada gak yang diskaun 20% so aku beli gak...hehe...murah -murahhh....come to MPHonline..

Aku beli sikit jer sebab jimat cermat then bulan ni beli kan...bulan depan beli lagi...dah dikatakan minatkan..haha! aku happy bila dapat beli novel... i'm happy...i'm happy ! sambil joget-joget ni......

Antara novel aku beli :


  • Isteri untuk disewa
  • pelangi cinta buat suami
  • andartu comel
  • Dia bukan arissa







Tuesday, November 26, 2013

Fakta Anak bongsu

Assalamualaikum...

Hurm sesiapa yang anak bongsu boleh lihat fakta yang kat bawah ni same tak dengan korang...hihi ! kalau lin adalah sikit perangai yang tersenarai tu...Fakta tu adalahhh jeng jeng jeng.......
Sila tengok ni:)

  1.  ANAK MANJA MAK -  sebab apa-apa mesti dia utamakan ibu 
  2.  DEGIL - keras kepala, kemahuan yg tinggi, kalau buat sesuatu bersungguh-sungguh, klau taknak tu, taknak la jawabnye, tak boleh pakse-paksa, senang dipujuk tp tak berape jalan. 
  3. TAK PANDAI PUJUK - memang  tak pandai pujuk bf/gf 
  4. CINTA - Sangat setia  
  5. Hitam/Putih - apa yg dikatakan semua dipegang. 
  6. HATI - nampak je garang tapi hati die lembut. perangai tak boleh ditegur
  7. ARAHAN - lebih suka buat kerja/hal sendiri
  8. PEMAAF/CARING - sngat pemaaf dan caring. tp jngn bg die marah, klau dia marah faham2 jela hangin die. ..mudah bergaul, prinsip ank bgsu selagi org tu xtegur die smpai bila2, selagi tu die xkan tegur org tu, nmpk sombong tp peramah sbnarnye, bila die dah ngam2 dgn org tu jgn tnye knp die boleh jadi Bestfriend 4everr : *orang yang kenal aku je tahu betul atau tidak 





***sharing is caring, caring is loving***

Monday, November 25, 2013

[ONLINE] Mph discount 20%

Assalamulaikum..


Tajuk ni macam best jer kan...so sesiapa berminat beli buku or sebagainyer di MPH sekarang tengah ada discount 20-25% secara online daripada 1 hingga 31 november 2013. Peminat buku time ni lahh yang ditunggu - tunggu dapat beli banyak - banyak buku taw...wahhh!

Lin memang menunggu saat ini tetapi kerana belum gaji tak dapat nak membeli belah lagi ni...aishh ! terasa lambat lak..Korang mesti tahu ape yang lin nak beli kan? semestinya novel...

Dalam senarai novel ni: 


  • Isteri untuk disewa (syamnuriezmil) - karya seni
  • Sila suka saya (Umaira) 
  • Dia, isteri luar biasa ( umie nadzimah ) - penulisan2u
  • kahwin 6 bulan aje?! (anabella) - penulisan2u
  • Bukan isteri sempurna (Tulip Ungu) - kaki novel
  • Meh ! sandar pada aku (Aifa Batrisya ) -karya seni
Peh! lepas tu  kan..baru tahu ni ada 1 jam discount 40% daripada pukul 10 - 11 am....cepat - cepatlahh order sebelum terlepas.. melepas .....banyak wo !

korang boleh buat order dekat sini Mphonline. Sesiapa  yang baru nak register dapat lagi discount 20% taw...try and tengoklahhh



***Suka Novel..Suka baca...Itu aku***

Wordless : LOVE

Assalamualaikum...

My Love , My Soul , My everything...


Love damn much...Rindu giler-gilerrr


OH mak..OH abah !!!





***Sayangilahh keluarga anda***

Sunday, November 24, 2013

Candy Crush

Assalamualaikum...


Korang perasan tak? sekarang ni ramai orang dibayangi candy crush.. Tak kira tua , muda , budak-budak dan semua sekali yang tergolong. Lepas tu, kat kedai mamak , shopping mall dan semua tempat  pasti orang akan pegang hp ditangan selain dorang main FB , twitter dan instagram majoriti ramai yang pegang untuk main candy crush...betul ni tak tipu...tak caya korang bule tengok orang sekililing sekarang? see...nampak kan..hihi... tak pon kat rumah...

Lepas tu, time keje pon ada gak yang main termasuk lin...haha ! siap tengok keliling takot bos nampak..parah kang ! markah dapat  sikit untuk prestasi keje...aduh ! game kali ni menghantui orang ramai...Tak lepas orang marah...bila lepas orang boleh  melompat-lompat..Level dia banyak taw sampai beratus-ratus....lin je pon da sampai level 197..korang pulak?


Lagi tak best bila nyawa abis...time tu nampak sape yang main...mintak nyawa okey ! berkobar-kobar main..Kemudian dia ada benua-benua bila nak naik benua kena ada ticket untuk boarding dan korang kena mintak gak....kalau kat opis mintak sedekah dekat kawan suruh bagi ticket....macam nak mintak ? korang jerit aje...nak ticket...haha !

Bila tak lepas macam ne lin nak buat kan..nak tahu cara? sila tengok kat youtube...cari level yang tak lepas pastu cari skillgame..kat situ ada cara dia..tapi candy crush ni kan dia bukan ikut pada skill tetapi pada tuah...kadang-kadang tak sangka boleh lepas taw!

hah ! bawah ni lahhh game candy crush...







Saturday, November 23, 2013

(Review Novel) Gadis Edisi Terhad

Assalamualaikum....


Lin peminat tegar ...ehhh Bukan penyanyi cilik daripada indonesia tue...Tegar ni maksud taksub or benda yang tak boleh ubah...ehh aku tak boleh diubah ke?hehe... ehhh sekarang belajar maksud pulak...aishh ! Ini alin ke?kuang...kuang...kuang...

Novel GET ( Gadis Edisi Terhad ) dan penulisnye Rin Ahmad..Jalan cerita yang menarik dan bila nak baca semestinyer nak tahu sampai penhujung novel...Lin bila baca novel makan berkurung zaman taw...kadang-kadang bergantung pada novel lahh tapi novel ni boleh habis baca dalam masa 3 hari aje..so korang boleh fikir best ke tidak kan? so saya bagi 4 Bintang......

So daripada Novel ni, dapat dilihat dari segi kisah keluarga,percintaan dan hubungan sekitar. Macam Jasmeen (melur) seorang anak ternama tapi humble dan merendah diri tetapi punya hobi yang pelik dan terhad aje...tu Dinamakan GET. Bila dia jumpa Fareez jadi dorang jatuh cinta. Kenapa cerita novel mudah jatuh cinta? huhu...sebab di hanya cerita...aiseh ! kerana novel lahh lin selalu berangan dan bayangkan diri tu ada dalam novel..Ini nama peminat tegar kan! sesiapa tak layan lagi novel ni...sila lahh beli:)  Besstttt angat !

*** boleh beli novel second hand disini  Novel Terpakai***




Sinopsis:

Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.
Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?
Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.
Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.
Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.
I love you Fishy.”
I love you too Cheesy.”




Kembali Hilang

Assalamualaikum...


Kembali pulang , kembali hilang , macam chipmores pon ada gak. Korang apa kaba ? Ingat nak kembali bertulis di blog lin tapi kalau merapu tu adat dan biasa kan. haha ! kalau tak nanti bosan sebenarnyer lin pon memang tak pandai mengayat sangat.

Ape nak tulis erk? hurm... ape yang lin rasa? ape yang lin lihat dan nampak ? mungkin boleh dijadikan topik kan..Lama betul tak menulis dalam blog ni since april haritu kot. kenapa ? tentu sebab malas kan...lumrah manusia kan...hehe !

Selain tu, ingat nak review sekali citer pasal novel lagipon lin memang suka membaca novel..yup !sape rase nak bagi hadia novel lin memang terima seadanyer...hehe! ada ke?


Hopefully lin makin semangat nak menulis lahh takmo jadi peribahasa angan-angan tahi ayam..ehh ! same ke?haha ! hentam je lahhh labu...



This is NBO stand for daripada name alin..hehe:)




okbai..NBO here! comeback