Assalamualaikum...
Daripada tajuk dia ni ape korang pikir? mesti pasal bos dan pekerja kan.Okey! Jalan citer yang menarik sangat sebab mengisahkan seorang bos yang tegas tak bertempat watak yang dia bawa oleh arrayyan. Suka marah, suka tengking ,berlagak bos dan semua ada dekat dia lahhh...tapi satu yang tak boleh tahan dia ni anak manja..hanya mummy dia je tahu! haha...kalau nak tahu lebih lanjut kena baca yer! Selepas tu, arrayyan dapat seorang PA yang kalut, kelam kabut dan kuat melatah yang bernama abby (nama sebenar tak hengat). So daripada sifat yang ada tu membuat arrayyan jatuh cinta...haha...kan seronok yang ni! B dan sayang okey...bila bos yang garang jadi jiwang....haha
Korang kena baca taw..korang boleh dapat dekat mane-mane bookstore tapi MPH tengah wat diskaun baik cepat-cepat beli taw. Boleh layan citer ni kalau nak lebih tahu lagi kena beli taw! promo promo ni...hehe:)
Sinopsis:
BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.
“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela
Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.
Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?