Lihatlahh

Lihatlahh

Monday, December 19, 2011

Malas

Hi Uols...


Aku da start malas nak wat keje...aku duk pikirkan balik kampung...aduhh! sangat lambat hari jumaat pulak..cepatlah putar waktu...aku tak sabar nak jumpa fameli terchenta di hati....bila malas macam-macam rasa ada serta ngantuk jer:D

Tiada Dua

Hi Uols....


Dua hari weekend aku marathon baca novel Tiada dua.Novel sangat best dan jalan citer menarik.Kadang-kadang bila kiter baca novel ni boleh bagi kita pengajaran dalam citer ni mengenai perkahwinan yang dirancang oleh keluarga tanpa kerelaan hati antara dua pasangan iaitu Nurin Syakirah dan Faizal Faiz tetapi akhirnya bahagia setelah onak dan duri serta ranjau dalam hubungan rumah tangga.Selain itu,kerana ego akan membuat cemburu yang membara serta berlaku pergaduhan..Aku suka sangat novel~ kadang-kadang watak dalam novel terbawak-bawak ke mimpi..hehehe...



Sinopsis Tiada Dua

" Kalau dia tu bukan suami awak, habis siapa lelaki tu? Saya tak nak berkahwin dengan perempuan yang dah bersuami. Atau awak ni dah bercerai dan sekarang memakai status janda, macam tu?”

Hati siapa yang tidak terluka apabila diri difitnah dan dihina oleh bakal suami sendiri. Begitulah situasi yang sukar diterima oleh Nurin Syakirah. Bolehkah dia hidup sebagai sepasang suami isteri bersama lelaki yang bernama Faizal Faiz?

Walaupun, cintanya terhadap Norsiah tidak pernah pudar, Faizal tidak mampu untuk menolak jodoh yang sudah ditetapkan oleh ibunya. Demi menjaga hati Hajah Sepiah, dia terpaksa menerima Nurin Syakirah sebagai isterinya dengan rasa berat hati walaupun tahu Nurin bukan gadis baik. Nurin punya hubungan dengan Shamsul sebelum mengahwininya. Lalu dia bersikap dingin dan tak peduli. Hanya di depan keluarga mereka berpura-pura baik.

Pergolakan rumah tangga Nurin dan Faizal semakin berkocak apabila Shamsul tidak berhenti mengejar Nurin untuk mendapatkan cinta gadis itu kembali. Isterinya, Jasmin, langsung tidak dihiraukan. Dan kemunculan Norsiah secara tiba-tiba membuatkan Faizal cuba mendekati wanita yang sudah menjanda itu. Tetapi semakin dia cuba untuk mencintai Norsiah seperti dahulu, wajah Nurin mula terbayang dalam fikirannya. Dia mula cemburu dengan isteri sendiri.

Apakah dia sudah jatuh cinta kepada isterinya kini? "


Bagi 4 star...star..star..star

Saturday, December 17, 2011

My tempat di OPis

Pink saje:)




Selerak sila abaikan:D

Bas banjir

Hi Uols...


Jangan sangka kuala lumpur jer banjir tapi bas kat KL juga banjir taw...sila tengok picture yang tak bape nak terang...





kakak ku lagi!




Doakan semua okey erk!!sedey.....

Thursday, December 15, 2011

Terlanjur mencintaimu

Hi Uols....


Aku baru abis baca novel terlanjur mencintaimu.sangat-sangat best taw!tu boleh bawak ke mimpi....kakaka....Jalan cerita dia sangat menarik dan tidak bosan.Cerita kerana sekeping wasiat boleh bawak kehidupan yang bahagia memang setiap dalam kehidupan macam-macam dugaan so kiter kena percaya dengan pasangan(suami) 99% dan 1% tidak percaya takot kite kecewa.

Fuhh! kepada yang belum baca novel ni sila baca yer...

aku nak amik dari petikan novel ni

"Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu"


5 star

Wednesday, December 14, 2011

Mimpi mainan tido

Hi Uols...


Aku nak share sumthing tapi korang jangan ketawa taw....tapi aku tahu ada geng beg selempang kat sini yang baca mesti dia ketawa sat mesti ada kena bahan..tapi aku nak citer gak....hihi...sebab dah gatal...

korang nak tahu tak?semalam aku mimpi benda yang sama sebelum ni..aku mimpi aku da bertunang..hahaha...memang kelakar tapi kali ni dengan orang yang lain tapi name dia tetap sama HAFIZ..adakah jodoh aku dengan name itu?wakaka...Tapi best siap da sarung cincin la...giler tol mimpi ni...kalau real aku tak tahu macam ne mesti gedik gila kan...hahaha

Aku rase mimpi ni disebabkan pengaruh novel kot.Ada aku terbaca satu novel ni dia bagitahu seorang yang baca novel sangat romantik dan suka berimaginasi..Mungkin sampai masuk mimpi aku.