Sekarang ni musim hujan di zaman tengkujuh maybe.Hurmm tak dapat dinafikan setiap hari akan hujan kalau tak pagi mesti petang hujan..so sediakan payung sebelum hujan sebab hujan semua ni tak di sangka-sangka.Kalau hujan mesti banjir so kesian sangat mangsa-mangsa banjir dekat Johor,perak dan banyak negeri yang terlibat gak. Bagi yang terlibat, please jage diri dan keluarga serta ikut arahan kerajaan.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BANJIR
Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir
Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.
Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
- Lemas
- Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
- Terkena renjatan elektrik
- Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu
Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
- Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
- Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
- Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
- Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir
Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
- Sentiasa minum air yang telah dimasak
- Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
- Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
- Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
- Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
- Guna tandas yang sempurna
- Buang sampah di tempat yang betul
- Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
- Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah
Persediaan Sebelum Banjir
1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
6. Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
7. Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik.
Sebelum Banjir – Tanda-Tanda Awal Telah Dikesan
1. Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
2. Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
3. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
4. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
5. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
Semasa Banjir – Semasa Pemindahan
1. Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
2. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
3. Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
Semasa Banjir – Di Dalam Kenderaan
1. Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
2. Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat
Semasa Banjir – Di Dalam Rumah
1. Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
2. Bersedia dengan peralatan kecemasan.
3. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Semasa Banjir – Di Luar Rumah
1. Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
2. Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
3. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
4. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
5. Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
6. Jangan minum air banjir.
Selepas Banjir
1. Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
2. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
3. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
4. Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
Selepas Banjir – Semasa Memasuki Bangunan
1. Pakai kasut.
2. Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
3. Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
4. Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
Selepas Banjir – Periksa Ancaman Bahaya
1. Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
2. Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
3. Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
4. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
5. Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
6. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
7. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
8. Buat laporan kepada JKM bagi mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan.
Boleh tengok dekat laman web ni http://portalbanjir.mkn.gov.my/
P/s: keselamatan diri dan keluarga amat berharga
No comments:
Post a Comment