Lihatlahh

Lihatlahh

Thursday, January 13, 2011

Suka salahkan orang lain

Hi UoLs...

Entry ni aku nak share je...
tak de kena mengena antara hidup dan mati..
cehhh...
Ape pendapat korang terhadap orang yang suka salahkan orang lain walaupun dia yang salah...
bila dia salahkan orang lain tanpa sebab...
dia yang wat salah then dia yang marah orang..
Ape perlu buat dengan orang macam ni?

nasihat...
diamkan saje...
Nak Pujuk(macam buang mase kan)

So macam mane nak bagi dia sedar tentang kesilapan dia?
kadang-kadang boring dengan kerenah orang ni..
bak pepatah"rambut same itam hati lain-lain"
ishh2!!!
macam ne lak rambut wane lain...
hihihihi..
just joke...
(^__^)


Jangan salahkan orang lain



Wednesday, January 12, 2011

Gembira bila Makan

Hi Blogger...
Aku baru balik daripada lunch.....
pergi makan dengan opismate...
sangat teruja masing-masing bila naik bas..
macam rombongan cik kiah mau pergi CM..
cariLah sendiri CM tu ape yer....
dapat makan bakso dan air buble..
sudah mula suka dengan air buble la...
"bila makan buble nampak comel"
my opismate yang cakap..
sape lagi kalau kate dia comel iaitu farah...
hihihi..
sory farah terbagitau name lak..
Pastu yang best ada picture autumn..
sila tengok yer...
Tahun arnab...
sangat-sangat comel..


nak share pic sekali....

AuTumN






perasaan

Hi UoLs

selamat pagi malaysia...
aku dah sampai opis seperti biasa.
urmmm..
nak citer ni...
bila pergi keje aku nek bas kan....
(nO mention name bus)
tapi aku sedih la
bila nampak orang buta yang sedang berjalan pergi ke hentian bas
kira setiap pagi aku berjumpa dengan dia la...
aku hanya boleh melihat di dalam bas...
aku tahu orang buta tu mahu menuju sesuatu destinasi ke arah KL...
kenapa pemandu bas tak mahu berhenti untuk membantu?
sanggup berhenti jauh untuk menurunkan orang..
padahal diorang biasa nampak orang buta tu disitu...
dia pon manusia seperti kita...
sedih la...
lagi satu aku ada jumpa seorang pakcik yang buta...
bila dia nek bas mesti nak bayar..
kira dia ada inisiatif untuk bayar walaupun RM1
kadang-kadang kiter yang ada kelebihan mengambil kesempatan terhadap
kekurangan orang lain..
cth:aku pernah nampak budak remaja buat-buat buta
hanya tidak mahu bayar tambang bas...
ape nak jadi zaman ini?


Sorry la...kalau ada yang terasa...aku just nak sharing jer...





Tuesday, January 11, 2011

Bloglist istimewa untuk blogger baru

Salam warga Blogger

Aku di ke tag oleh yang  menge'TAG" nih Kak Ida la..hehehe..dia pun kena tag 
gak tu..hehe...Ok..kali ni aku di tag utk segmen oleh Ahsfantasy24 yg ingin 
menjejak blogger2 baru especially yg bilangan follower tu kurang dari 300..
macam aku la kan..jgn kata 300..10 pon tak de lagi..hehehe...itu ler Aleasara 
ni tag kawan2nye pastu salah sorang kawan dia tu tag aku pulak..pastu aku tag 
korang yek..ehehehe

Ahsfantasy24.com ingin menjejaki blogger baru, khususnya bagi mereka 
yang mempunyai bilangan follower kurang daripada 300. Tak kiralah 
walau dah bertahun, tapi kadang-kadangtetap baru kan bila tak ramai 
yang berkunjung. Rasa segan nak beramah mesra dengan mereka yang 
punya follower yang ramai? Jangan bimbang sebab anda pun mampu setanding 
mereka, berusahalah.

Sebagai penutup 2010 ni, saya berhasrat nak himpunkan blogger 
yang mempunyai follower yang kurang daripada 300 orang follower. 
Saya telah membinapage untuk diisikan oleh blogger baru yang 
bertujuan bagi menaikkan trafik dan meningkatkan follower mereka. 
Mahu sertai? Ikuti syarat yang berikut:
  1. Blog anda mestilah mempunyai follower kurang daripada 300 orang;
  2. Buat satu entry yang bertajuk "Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru" dan linkkan ke entry ini;
  3. Tinggalkan Link entry yang telah siap anda di ruangan komen;
  4. Tidak wajib untuk menjadi follower saya, namun saya berbesar hati jika ada yang sudi;
  5. Tag 3 orang rakan seperjuangan anda;
  6. Meminati dunia blogger dan tidak sombong.

P/s: Penyertaan dibuka sehingga ke senarai 300 orang blogger baru
aku nak tag orang2 nih..hehehe
3) shah

Just share

Kisah hidup sekumpulan kawan.Ada suka.Ada duka.Semua ditempuhi bersama. Tetapi ada yang tidak dikongsi bersama.Dalam kelompok itu, masih ada yang mewujudkan puak. Itu yang menjadi jurang antara satu sama lain..
Saling tidak mempercayai membuatkan sesetengah pihak berasa dirinya dipinggirkan..Dipinggirkan dan terus tidak diambil berat..


Tiba-tiba membuatkan diri itu terfikir sejenak.Siapa aku dimata mereka.? Kawan atau penyelamat masa susah.? Ada yang cuba memisahkan persahabatan yang terjalin.Masing-masing khuatir.Kawan mereka dirampas dan tak akan menghiraukan mereka lagi..

Perkara itu menjadi duri dalam daging bagi sesetengah pihak.Tapi setiap manusia mempunyai hak untuk menentukan resipi kehidupan yang akan dilalui.Ada yang sekadar kawan hanya manis ungkap dibibir.Mengaku kawan yang setia tetapi perkara yang tersirat tidak dikongsi bersama..

Inikah kawan.?Kawan yang hanya mementingkan diri sendiri.Atau kawan disebalik tabir.Ada yang dipinggirkan kerana dianggap tidak layak untuk mendapat secebis kasih sayang seorang kawan.Hanya diperlukan ketika waktu terdesak.Itu pun sekadar dijadikan kambing hitam..

Sedar diri itu tidak mempunyai rupawan yang menarik untuk diakui kawan.Lali tidak menjadi perhatian.Pergi membawa diri tetapi dikutip semula kerana simpati.Haruskah perasaan simpati dijadikan teras persahabatan? Ada yang lupa diri sehingga menganggap dirinya amat penting untuk semua orang.Tetapi diri itu tidak sedar.Dirinyalah yang menjadi punca perpecahan persahabatan yang telah lama terjalin.

Berbicara dengan cara yang membuatkan semua pihak terluka dek panahan kata-kata yang memeritkan hati..Pura-pura baik dihadapan..Dibelakang sumpah seranah dikeluarkan..Hanya mementingkan yang sekepala sahaja..Yang tidak diketepikan..Tidak sedarkah diri itu sedikit sebanyak melukakan hati sesetengah pihak yang ingin mengerti apa itu kawan ..?

Dalam kelompok ini juga wujud beberapa puak yang memisahkan tali persahabatan..Setiap puak mempunyai ketua yang akan memimpin setiap anak buahnya..Agenda setiap puak ialah harus mengekalkan kuantiti setiap puak demi maruah masing-masing..Tetapi ketua-ketua puak itu sendiri yang mengadakan pertalian yang tidak diketahui oleh anak-anak buah yang lain..

Apabila diterjah mengatakan tiada apa yang berlaku..Sedangkan ibarat belangkas dibelakang semua orang..Apa yang dilihat cuma sandiwara untuk menutup silaturahim yang terjalin..Adakah adil..?? Sehingga boleh mendatangkan ketidak puas hatian oleh ramai pihak yang mengalaminya..

Apabila ditegur mulalah kata semua orang tak guna..Mengatakan dunia ini tidak adil..Hakikat yang susah untuk diterima mereka..Ada yang pantang ditegur kerana kesalahan diri yang dilihat tidak sepatutnya berlaku..Hati yang terlalu sensitif..Tetapi diri itu tidak sedar akan kesilapan yang meluat dilihat orang..

Rajuk yang belum reda terbawa-bawa sehingga berminggu-minggu..Apabila dipujuk mulalah mengatakan semua orang tak sayang dia..Merendah diri dan mengatakan semua kesalahan memang terletak dibahunya..Mengugut ingin membawa diri jauh daripada semua orang..Tetapi hanya sekadar dibibir..Tetap diambil berkawan kerana sebab yang tidak dikenal pasti..

Ada yang suka menyalahkan orang lain..Tetapi kesalahan diri sendiri tak pernah mahu dilihat..Tetap menyalahkan orang lain..Diri itu tidak sedar akan kelemahan yang dilihat jelas..Suka menyalahkan orang lain tetapi akhirnya diri itu menurut juga apa yang diperkatakan orang yang dianggap bersalah..!!Tidakkah itu diibaratkan seperti meludah tetapi menjilat semula..??

Hendak ditegur tapi terbantut kerana diterima berkawan semula..Ada yang cuba untuk berada di dalam kumpulan ini..
Berusaha dengan apa sahaja demi diterima masuk..Yang menjadi persoalan..Ahli itu sendiri yang memberi tiket masuk atas dasar yang semua orang tahu..Dan sekarang ahli baru itu menjadi keutamaan dalam apa jua hal yang berlaku..Ahli lama pula memendam perasaan yang amat menyakitkan..Terpaksa menerima dengan rasa tidak puas hati..Merahsiakan hal yang terbuku dihati dihadapan semua orang..

Pelikkan..??Dalam kisah ini..Memendam perasaan yang terbuku dihati adalah perkara biasa..Kerana masing-masing tidak mahu mengalah dalam mencari sahabat sejati..Bagi aku..Aku belum menemui sahabat sejati kerana aku sudah lali dipinggirkan insan yang dianggap “KAWAN”..Aku cuma seorang kawan ketika susah..Aku tak kisah kerana ini kisah hidup yang aku tak mampu nak ubah..kenapa aku ditakdirkan begini..??Sumpah..aku tidak ada jawapan untuk soalan itu..

Hal-hal yang berkaitan dengan diri aku tak pernah seorang pun ambil berat..Seorang manusia pun tak pernah..Macamana nak dikategorikan sebagai sahabat sejati..???Titisan air mata sudah kering dikeluarkan untuk insan yang bergelar “KAWAN”..Sekarang tangisan tidak berguna lagi..Orang lain yang lebih berhak..

Aku dah kalah..
Siapa sebenarnya aku padamu..
Mungkin sama dengan teman lain yang bisa kau buat begitu..
Dan bila tiada lagi tempat bermain..
Kau pulang mendapatkan aku..Itulah aku..

SWEET



P/s:cari lah teman yang sejati



Monday, January 10, 2011

cinta sempurna

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk memnaggung sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan
Ohhh

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh






Jangan salah pilih kawan

Satu soalan yang biasa kita dengar tetapi ramai orang dari kita yang tidak mengambil pelajaran darinya. Islam itu sendiri menyarankan kita agar memilih kawan. kenapa? kerana itulah gambaran diri kita yang sebenarnya. kalau kawan di sekeliling kita adalah enggang maka enggang lah kita sebaliknya kalau kawan kita semuanya pipit maka pipit lah kita. maksud saya kalau ramai dari kawan kita adalah kaki mengumpat maka kaki mengumpatlah kita. Kalau kawan-kawan kita semuanya kaki samun maka penyamunlah kita. Kalau kita berkawan dengan kaki masjid maka kita akan jadi kaki masjid.



Sebab itu PENTING bagi mereka yang nak berjaya mengikut orang yang dah BERJAYA. Akhir sekali orang yang gagal suka berkawan dengan orang yang gagal dan ORANG Yg BERJAYA SUKA BERKAWAN DGN ORANG YG BERJAYA. jadi jangan salah pilih kawan kerana kesannya KITA yang TANGGUNG bukan mereka. 



P/s:sharing is caring