Lihatlahh

Lihatlahh

Tuesday, January 11, 2011

Just share

Kisah hidup sekumpulan kawan.Ada suka.Ada duka.Semua ditempuhi bersama. Tetapi ada yang tidak dikongsi bersama.Dalam kelompok itu, masih ada yang mewujudkan puak. Itu yang menjadi jurang antara satu sama lain..
Saling tidak mempercayai membuatkan sesetengah pihak berasa dirinya dipinggirkan..Dipinggirkan dan terus tidak diambil berat..


Tiba-tiba membuatkan diri itu terfikir sejenak.Siapa aku dimata mereka.? Kawan atau penyelamat masa susah.? Ada yang cuba memisahkan persahabatan yang terjalin.Masing-masing khuatir.Kawan mereka dirampas dan tak akan menghiraukan mereka lagi..

Perkara itu menjadi duri dalam daging bagi sesetengah pihak.Tapi setiap manusia mempunyai hak untuk menentukan resipi kehidupan yang akan dilalui.Ada yang sekadar kawan hanya manis ungkap dibibir.Mengaku kawan yang setia tetapi perkara yang tersirat tidak dikongsi bersama..

Inikah kawan.?Kawan yang hanya mementingkan diri sendiri.Atau kawan disebalik tabir.Ada yang dipinggirkan kerana dianggap tidak layak untuk mendapat secebis kasih sayang seorang kawan.Hanya diperlukan ketika waktu terdesak.Itu pun sekadar dijadikan kambing hitam..

Sedar diri itu tidak mempunyai rupawan yang menarik untuk diakui kawan.Lali tidak menjadi perhatian.Pergi membawa diri tetapi dikutip semula kerana simpati.Haruskah perasaan simpati dijadikan teras persahabatan? Ada yang lupa diri sehingga menganggap dirinya amat penting untuk semua orang.Tetapi diri itu tidak sedar.Dirinyalah yang menjadi punca perpecahan persahabatan yang telah lama terjalin.

Berbicara dengan cara yang membuatkan semua pihak terluka dek panahan kata-kata yang memeritkan hati..Pura-pura baik dihadapan..Dibelakang sumpah seranah dikeluarkan..Hanya mementingkan yang sekepala sahaja..Yang tidak diketepikan..Tidak sedarkah diri itu sedikit sebanyak melukakan hati sesetengah pihak yang ingin mengerti apa itu kawan ..?

Dalam kelompok ini juga wujud beberapa puak yang memisahkan tali persahabatan..Setiap puak mempunyai ketua yang akan memimpin setiap anak buahnya..Agenda setiap puak ialah harus mengekalkan kuantiti setiap puak demi maruah masing-masing..Tetapi ketua-ketua puak itu sendiri yang mengadakan pertalian yang tidak diketahui oleh anak-anak buah yang lain..

Apabila diterjah mengatakan tiada apa yang berlaku..Sedangkan ibarat belangkas dibelakang semua orang..Apa yang dilihat cuma sandiwara untuk menutup silaturahim yang terjalin..Adakah adil..?? Sehingga boleh mendatangkan ketidak puas hatian oleh ramai pihak yang mengalaminya..

Apabila ditegur mulalah kata semua orang tak guna..Mengatakan dunia ini tidak adil..Hakikat yang susah untuk diterima mereka..Ada yang pantang ditegur kerana kesalahan diri yang dilihat tidak sepatutnya berlaku..Hati yang terlalu sensitif..Tetapi diri itu tidak sedar akan kesilapan yang meluat dilihat orang..

Rajuk yang belum reda terbawa-bawa sehingga berminggu-minggu..Apabila dipujuk mulalah mengatakan semua orang tak sayang dia..Merendah diri dan mengatakan semua kesalahan memang terletak dibahunya..Mengugut ingin membawa diri jauh daripada semua orang..Tetapi hanya sekadar dibibir..Tetap diambil berkawan kerana sebab yang tidak dikenal pasti..

Ada yang suka menyalahkan orang lain..Tetapi kesalahan diri sendiri tak pernah mahu dilihat..Tetap menyalahkan orang lain..Diri itu tidak sedar akan kelemahan yang dilihat jelas..Suka menyalahkan orang lain tetapi akhirnya diri itu menurut juga apa yang diperkatakan orang yang dianggap bersalah..!!Tidakkah itu diibaratkan seperti meludah tetapi menjilat semula..??

Hendak ditegur tapi terbantut kerana diterima berkawan semula..Ada yang cuba untuk berada di dalam kumpulan ini..
Berusaha dengan apa sahaja demi diterima masuk..Yang menjadi persoalan..Ahli itu sendiri yang memberi tiket masuk atas dasar yang semua orang tahu..Dan sekarang ahli baru itu menjadi keutamaan dalam apa jua hal yang berlaku..Ahli lama pula memendam perasaan yang amat menyakitkan..Terpaksa menerima dengan rasa tidak puas hati..Merahsiakan hal yang terbuku dihati dihadapan semua orang..

Pelikkan..??Dalam kisah ini..Memendam perasaan yang terbuku dihati adalah perkara biasa..Kerana masing-masing tidak mahu mengalah dalam mencari sahabat sejati..Bagi aku..Aku belum menemui sahabat sejati kerana aku sudah lali dipinggirkan insan yang dianggap “KAWAN”..Aku cuma seorang kawan ketika susah..Aku tak kisah kerana ini kisah hidup yang aku tak mampu nak ubah..kenapa aku ditakdirkan begini..??Sumpah..aku tidak ada jawapan untuk soalan itu..

Hal-hal yang berkaitan dengan diri aku tak pernah seorang pun ambil berat..Seorang manusia pun tak pernah..Macamana nak dikategorikan sebagai sahabat sejati..???Titisan air mata sudah kering dikeluarkan untuk insan yang bergelar “KAWAN”..Sekarang tangisan tidak berguna lagi..Orang lain yang lebih berhak..

Aku dah kalah..
Siapa sebenarnya aku padamu..
Mungkin sama dengan teman lain yang bisa kau buat begitu..
Dan bila tiada lagi tempat bermain..
Kau pulang mendapatkan aku..Itulah aku..

SWEET



P/s:cari lah teman yang sejati



4 comments:

  1. kawan boleh jadi madu dan boleh jadi racun.hebat kan? :)

    ReplyDelete
  2. betul....
    semuanyer...
    kerana kawan..
    :)

    ReplyDelete
  3. kngkdang dlam pshabatan susa nk laru
    dr org yg suke ambik ksmpatan kn..


    berkwan tu kpntingan, tu yg mnyesakkan~

    ReplyDelete
  4. betul....
    kadang sangat menyakitkan....
    kadang suka sangat amik kesempatan dalam kelemahan orang lain....
    kadang-kadang kawan ni bertalam-talam...
    hehehehe
    macam kuih talam dua muka lak...
    hahaha

    ReplyDelete