Lihatlahh

Lihatlahh

Saturday, November 23, 2013

(Review Novel) Gadis Edisi Terhad

Assalamualaikum....


Lin peminat tegar ...ehhh Bukan penyanyi cilik daripada indonesia tue...Tegar ni maksud taksub or benda yang tak boleh ubah...ehh aku tak boleh diubah ke?hehe... ehhh sekarang belajar maksud pulak...aishh ! Ini alin ke?kuang...kuang...kuang...

Novel GET ( Gadis Edisi Terhad ) dan penulisnye Rin Ahmad..Jalan cerita yang menarik dan bila nak baca semestinyer nak tahu sampai penhujung novel...Lin bila baca novel makan berkurung zaman taw...kadang-kadang bergantung pada novel lahh tapi novel ni boleh habis baca dalam masa 3 hari aje..so korang boleh fikir best ke tidak kan? so saya bagi 4 Bintang......

So daripada Novel ni, dapat dilihat dari segi kisah keluarga,percintaan dan hubungan sekitar. Macam Jasmeen (melur) seorang anak ternama tapi humble dan merendah diri tetapi punya hobi yang pelik dan terhad aje...tu Dinamakan GET. Bila dia jumpa Fareez jadi dorang jatuh cinta. Kenapa cerita novel mudah jatuh cinta? huhu...sebab di hanya cerita...aiseh ! kerana novel lahh lin selalu berangan dan bayangkan diri tu ada dalam novel..Ini nama peminat tegar kan! sesiapa tak layan lagi novel ni...sila lahh beli:)  Besstttt angat !

*** boleh beli novel second hand disini  Novel Terpakai***




Sinopsis:

Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.
Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?
Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.
Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.
Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.
I love you Fishy.”
I love you too Cheesy.”




No comments:

Post a Comment