Lihatlahh

Lihatlahh

Monday, November 25, 2013

[ONLINE] Mph discount 20%

Assalamulaikum..


Tajuk ni macam best jer kan...so sesiapa berminat beli buku or sebagainyer di MPH sekarang tengah ada discount 20-25% secara online daripada 1 hingga 31 november 2013. Peminat buku time ni lahh yang ditunggu - tunggu dapat beli banyak - banyak buku taw...wahhh!

Lin memang menunggu saat ini tetapi kerana belum gaji tak dapat nak membeli belah lagi ni...aishh ! terasa lambat lak..Korang mesti tahu ape yang lin nak beli kan? semestinya novel...

Dalam senarai novel ni: 


  • Isteri untuk disewa (syamnuriezmil) - karya seni
  • Sila suka saya (Umaira) 
  • Dia, isteri luar biasa ( umie nadzimah ) - penulisan2u
  • kahwin 6 bulan aje?! (anabella) - penulisan2u
  • Bukan isteri sempurna (Tulip Ungu) - kaki novel
  • Meh ! sandar pada aku (Aifa Batrisya ) -karya seni
Peh! lepas tu  kan..baru tahu ni ada 1 jam discount 40% daripada pukul 10 - 11 am....cepat - cepatlahh order sebelum terlepas.. melepas .....banyak wo !

korang boleh buat order dekat sini Mphonline. Sesiapa  yang baru nak register dapat lagi discount 20% taw...try and tengoklahhh



***Suka Novel..Suka baca...Itu aku***

Wordless : LOVE

Assalamualaikum...

My Love , My Soul , My everything...


Love damn much...Rindu giler-gilerrr


OH mak..OH abah !!!





***Sayangilahh keluarga anda***

Sunday, November 24, 2013

Candy Crush

Assalamualaikum...


Korang perasan tak? sekarang ni ramai orang dibayangi candy crush.. Tak kira tua , muda , budak-budak dan semua sekali yang tergolong. Lepas tu, kat kedai mamak , shopping mall dan semua tempat  pasti orang akan pegang hp ditangan selain dorang main FB , twitter dan instagram majoriti ramai yang pegang untuk main candy crush...betul ni tak tipu...tak caya korang bule tengok orang sekililing sekarang? see...nampak kan..hihi... tak pon kat rumah...

Lepas tu, time keje pon ada gak yang main termasuk lin...haha ! siap tengok keliling takot bos nampak..parah kang ! markah dapat  sikit untuk prestasi keje...aduh ! game kali ni menghantui orang ramai...Tak lepas orang marah...bila lepas orang boleh  melompat-lompat..Level dia banyak taw sampai beratus-ratus....lin je pon da sampai level 197..korang pulak?


Lagi tak best bila nyawa abis...time tu nampak sape yang main...mintak nyawa okey ! berkobar-kobar main..Kemudian dia ada benua-benua bila nak naik benua kena ada ticket untuk boarding dan korang kena mintak gak....kalau kat opis mintak sedekah dekat kawan suruh bagi ticket....macam nak mintak ? korang jerit aje...nak ticket...haha !

Bila tak lepas macam ne lin nak buat kan..nak tahu cara? sila tengok kat youtube...cari level yang tak lepas pastu cari skillgame..kat situ ada cara dia..tapi candy crush ni kan dia bukan ikut pada skill tetapi pada tuah...kadang-kadang tak sangka boleh lepas taw!

hah ! bawah ni lahhh game candy crush...







Saturday, November 23, 2013

(Review Novel) Gadis Edisi Terhad

Assalamualaikum....


Lin peminat tegar ...ehhh Bukan penyanyi cilik daripada indonesia tue...Tegar ni maksud taksub or benda yang tak boleh ubah...ehh aku tak boleh diubah ke?hehe... ehhh sekarang belajar maksud pulak...aishh ! Ini alin ke?kuang...kuang...kuang...

Novel GET ( Gadis Edisi Terhad ) dan penulisnye Rin Ahmad..Jalan cerita yang menarik dan bila nak baca semestinyer nak tahu sampai penhujung novel...Lin bila baca novel makan berkurung zaman taw...kadang-kadang bergantung pada novel lahh tapi novel ni boleh habis baca dalam masa 3 hari aje..so korang boleh fikir best ke tidak kan? so saya bagi 4 Bintang......

So daripada Novel ni, dapat dilihat dari segi kisah keluarga,percintaan dan hubungan sekitar. Macam Jasmeen (melur) seorang anak ternama tapi humble dan merendah diri tetapi punya hobi yang pelik dan terhad aje...tu Dinamakan GET. Bila dia jumpa Fareez jadi dorang jatuh cinta. Kenapa cerita novel mudah jatuh cinta? huhu...sebab di hanya cerita...aiseh ! kerana novel lahh lin selalu berangan dan bayangkan diri tu ada dalam novel..Ini nama peminat tegar kan! sesiapa tak layan lagi novel ni...sila lahh beli:)  Besstttt angat !

*** boleh beli novel second hand disini  Novel Terpakai***




Sinopsis:

Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.
Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?
Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.
Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.
Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.
“I love you Fishy.”
“I love you too Cheesy.”




Kembali Hilang

Assalamualaikum...


Kembali pulang , kembali hilang , macam chipmores pon ada gak. Korang apa kaba ? Ingat nak kembali bertulis di blog lin tapi kalau merapu tu adat dan biasa kan. haha ! kalau tak nanti bosan sebenarnyer lin pon memang tak pandai mengayat sangat.

Ape nak tulis erk? hurm... ape yang lin rasa? ape yang lin lihat dan nampak ? mungkin boleh dijadikan topik kan..Lama betul tak menulis dalam blog ni since april haritu kot. kenapa ? tentu sebab malas kan...lumrah manusia kan...hehe !

Selain tu, ingat nak review sekali citer pasal novel lagipon lin memang suka membaca novel..yup !sape rase nak bagi hadia novel lin memang terima seadanyer...hehe! ada ke?


Hopefully lin makin semangat nak menulis lahh takmo jadi peribahasa angan-angan tahi ayam..ehh ! same ke?haha ! hentam je lahhh labu...



This is NBO stand for daripada name alin..hehe:)




okbai..NBO here! comeback 

Tuesday, April 2, 2013

Monday, April 1, 2013

Habuk...

Assalamualaikum,


Lama betul aku tak hapdet blog ni padahal aku setiap hari bukak untuk tengok hapdet kawan-kawan, geng selempang dan geng satu malaysia..Aku rase blog aku sudah berhabuk tebal sebab lame tak hapdet walaupon tak ramai follower.Ingat nak hapdet selalu sebab nak jadi popular macam maria elena dan Hanis Zalikha...haha...mengarut sudah!bluweeeeekkkkkk....Jangan nak perasan alin...

Hurm cerita ape aku nak kongsi pon aku tak tahu...aku kena aktif balik kot untuk bercerita disini dengan snap-snap picture untuk sharing with korang ni....hahaha ! macam ada orang nak ikut je citer aku..Padahal macam-macam story nak citer tetapi takde mood nak menulis sebab ayat aku selalu tunggang langgang. Ohh My Melayuuuuu......hihi,..

Korang kena bagi aku semangat menulis ni...adeh!!


Semangat..semangat..semangat.........