Lihatlahh

Lihatlahh

Tuesday, June 19, 2012

Team Building

Assalamualaikum..


yeah!aku kena pergi team building dekat ismah beach resort dekat melaka..see! mesti pergi kat melaka tempat tanah tumpah aku darah serta tempat aku study..hihi!cuma dia dekat masjid tanah je.wah! lom gaji lagi tapi kena shooping dulu..aduh! nak shopping track suit bagai..macam aku kena beli ni..mak tolong bagi duit!huwaaaaaaaaaaa...

Korang boleh tengok and view tempat yang aku nak pergi ni

dekat link ni:

Ismah Beach Resort

Monday, June 18, 2012

Aura warna pakaian

Assalamualaikum






Aku terima maklumat pasal aura warna ni melalui google(blogger), aku copy kan di sini untuk tahu bersama, betul atau salah aku pon tak pasti.

Berdasarkan The Low of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Low of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.
ISNIN, PUTIH (Gabungan / istirehat / pertahanan) 0- 279 nanometer
SELASA, PINK / VIOLET(Kesucian rohani) 380- 489 nanometer
RABU, BIRU (Kasih sayang / tumpuan) 490- 544 nanometer
KHAMIS, KUNING / OREN (Pemikiran / tenaga) 555-729 nanometer
JUMAAT, HIJAU (Keseimbangan / iman) 545- 554 nanometer
SABTU, MERAH (Keberanian / tuah / kemewahan) 730- 780 nanometer
AHAD, HITAM (Keberanian / tuah / kemewahan) 0- 279 nanometer
Walaupun warna putih dan hitam mempunyi bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera (medium vibration) pada hari isnin adalah rawak (menyamai konsep the state of metter of gases) dan penyerakkan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat (menyamai konsep the state of metter of water).
Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.
Hasil daripada kajian ini, berikut ialah beberapa contoh penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna yang resonan terhadap sesuatu hari. Penemuan ini diterangkan dalam bentuk Human Physiology.


ISNIN(putih)
Warna PUTIH adalah warna perangsang Kelenjar Pineal  dan Kelenjar Pitutary Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif danefisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal  dan Kelenjar Pitutary . Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.



SELASA(pink)

Warna PINK ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayangkepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untukmengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus



RABU (Biru)
Warna BIRU ialah warna perangsang kelenjar TyroidBiru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroidseperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.



KHAMIS(kuning/oren)
Warna KUNING ialah warna rangsangan sistem penghadaman  dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi
Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.



JUMAAT (Hijau)
HIJAU ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular dan respirasi  kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.





SABTU(Merah)
MERAH ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus , Otot, Darah, Tulang dan Saraf . Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti sepertibersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus , Darah dan Otot atau Tulang dan Saraf , amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.



AHAD(Hitam)
Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabugan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalan keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagkan mana-mana bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.


Wedding kak Lily

Assalamualaikum


Setelah penat berlari dekat dataran kemudian balik rumah siap-siap untuk pergi kenduri kahwin dekat bangi/kajang..hehe!Sebab ada En polis On je untuk pergi kenduri..aku ok jer kalau ada orang amik saya kan..kan..lagi-lagi makan kenduri..nyum..

Aishhh!keluar rumah punya la awal tetapi kami sesat dijalanan disebabkan kekompiusan jalan rumah pengantin.Kami tak sempat nak print maps jadi tulis alamat je.kalau ikut alamat tu  macam area kajang upenye rumah pengantin dekat bangi.aishh! siap-siap pusing kat kajang lagi taw masuk pulak hyway kajang silk padahal masuk je hyway putrajaya pon okey da dekat sangat dengan alamanda.Pastu en polis siap cal informer nak tahu jalan..berdekah-dekah aku pastu dengan maps BB aku tak tahu guna..hihi...Tq en polis bawak pergi makan kenduri..

Kepada Kak Lily,

Selamat pengantin baru
semoga berbahagia hingga akhir hayat......


walaupon lambat sampai nasib kawan-kawan tunggu aku..hihi..sempat borak gak sambil tunggu pengantin berkaraoke....sorry geng sesat di jalan kan...sayang gak korang dekat mok..hihi

adalah sikit gambar yang aku sempat curi dekat fb kak hazidah a.k.a G...

meh layan meh!




wit my sista...



bagai pinang di belah dua

bab kami memang suka!


see! pengantin berduit bernyanyi.then nampak budak pakai baju pink tu(same ngan baju aku)

posing-posing..layan




posing dipagi hari




















It rainning for fan run

Assalamualaikum..


Akhirnyer aku sampai ke garisan penamat untuk Team Malaysia.Tahniah buat kawan-kawan dan aku..hehe..walaupon 3km tetapi amat mencabar ok.Aku dan cheda gerak dan keluar daripada rumah pukul 6.30 pagi my Opismate amik kak fara.My opismate(kak ernie) dah sampai tetapi kena tunggu yang lain sebab kena dah rancang kumpul kat opis..ahhh!nak tahu mastermind yang ajak pergi event ni kedua-dua tak datang sebab balik kampung..hampeh ko!Aku ni ingat nak amik baju je sebab tengah murah kan sekali ramai join aku ikut jer..best dan enjoy wo...

Bila semua dah berkumpul kitorang pon berjalan kaki pergi dataran jauh gak dalam 3km same dengan jarak fan run.Lepas tu stand by untuk berlari bila ada announcement utk gathering 3km kitaorang bergerak ke garisan permulaan tapi tak la permulaan sangat sebab ramai yang joing termasuk anak yang duduk dalam stroller..hihi!bayangkanlahhh...

pistol pon berbunyi untuk memulakan berlari dan mula-mula lari-lari anak gak tapi da tak larat aku berjalan jer pastu sms chedah cakap ko jalan la dulu aku kat belakang jumpa kat dataran je...hehehe...teramat sangat   penat berlari..sekali tu ada bunyi siren guruh dan petir dan turun hujan dengan lebat tengah berjalan..pehh memang terbaik berlari dalam hujan dan basah lencun.Dalam pikiran aku pikir my BB.aduhhh mesti basah...seyes risau tapi aku tawakal jer...

Sesekali kena hujan seronok taw ape ntah lagi lebat sesangat...memang best!tapi hujan semalam berpenyakit sebab hujan jerebu dan pagi tu tengok cuaca jerebu agak tebal.sekali hujan..alhamdullilah...sape join fan run dan rase tak sedap badan cepat-cepat pergi klinik na..check taw..

Akhir aku berjaya sampai dengan tak nampak jalan sebab cermin mata da kabus kena guna wiper jari taw baru boleh nampak jalan..Aku dapat sijil dan medal serta goodie bag...hepi yaww!

sudah tamat berlari dan berehat-rehat dekat khemah yang disediakan.Kitorang pergi tengok artis secara dekat je nampak la si remy ishak,liyana jasmay,elfira loy, altimate dan adik mia sara yang comel tu.Then nak mintak tandatangan ramai orang lah lagipon kitorang nak balik lahhh...posing jap kat garisan start dan finish baru gerak jalan balik..

Abis segala lemak aku buang kan dan ktorang singgah kedai mamak ktm(tak tahu name kedai)hihi!tambah kolestrol dengan makan roti telur dan air nescafe tarik..terbaik..!thanks kepada kak mun(opismate) belanje kitaorang makan.


Gambar sebentar lagi aku attach na:)

Friday, June 15, 2012

Sambut besday mak

Assalamualaikum...


Minggu lepas aku balik kampung sebab ada kenduri kawen dan nak sambut besday mak yang da lepas..Dapat gak aku belikan kek dekat bts(bandar tasik selatan) hehehe..import daripada kL tu..jauhkan!Lepas aku belikan beg sling dan kemeja untuk mak..orite kan..

Nasib kakak aku jemput separuh jalan tak la jenuh aku bawak kek ni..



Mak!hepi besday..Semoga panjang umo dan dilimpahkan rezeki...amin! sayang sangat dekat mak..

Hadiah besday

Assalamualaikum...


Dapat hadiah..yeah!from mak dan abah..terima kasih banyak mak dan abah!tak terkata time beli..pilih je sebab takot tak sempat nak naik bas nak balik kL...so ikut gerak tangan je...

Tara dapat ni....

Tukar mata baru kan..