Lihatlahh

Lihatlahh

Wednesday, December 7, 2011

Novel Ombak Rindu

Hi Uols...


Tiba-tiba ada akak dekat opis ni bagi cadangan untuk aku yang habit baca novelkan suruh aku bagi pendapat setiap novel yang aku baca.so dapat la idea tapi harap maklum aku akan guna bahasa pasar aku dan ikut suka aku la kan...hahaha!

Sejak sekolah memang suka aku baca novel dan 1st novel yang aku beli adalah ombak rindu yang popular muvee sekarang ni...

Ombak rindu memang best dimana watak dan jalan cerita dia munasabah. Kehidupan seorang anak yatim dan piatu yang menumpang kasih makcik tetapi pelbagai hal dalam kehidupan dia nak kena tempuh.Peh sangat sadis sangat!!!!!!!kehidupan yang penuh cabaran dan onak duri..pelbagai liku-liku yang kena hadapi oleh izzah.Izzah kena tabah mengharungi kehidupan hingga dia bahagia bersama suaminye Harris..

Aku boleh bagi 5 bintang....star..star..star..star..star...

Sinopsis dia


"Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?"

Rinduku umpama ombak yang tak berhenti kasihmu bagai pantai yang setia menanti




P/s:mahu sangat tengok muvee ni..sila bawak aku bley tak?hadah ke nak bawak...hehehe

No comments:

Post a Comment