Lihatlahh

Lihatlahh

Monday, December 19, 2011

Tiada Dua

Hi Uols....


Dua hari weekend aku marathon baca novel Tiada dua.Novel sangat best dan jalan citer menarik.Kadang-kadang bila kiter baca novel ni boleh bagi kita pengajaran dalam citer ni mengenai perkahwinan yang dirancang oleh keluarga tanpa kerelaan hati antara dua pasangan iaitu Nurin Syakirah dan Faizal Faiz tetapi akhirnya bahagia setelah onak dan duri serta ranjau dalam hubungan rumah tangga.Selain itu,kerana ego akan membuat cemburu yang membara serta berlaku pergaduhan..Aku suka sangat novel~ kadang-kadang watak dalam novel terbawak-bawak ke mimpi..hehehe...



Sinopsis Tiada Dua

" Kalau dia tu bukan suami awak, habis siapa lelaki tu? Saya tak nak berkahwin dengan perempuan yang dah bersuami. Atau awak ni dah bercerai dan sekarang memakai status janda, macam tu?”

Hati siapa yang tidak terluka apabila diri difitnah dan dihina oleh bakal suami sendiri. Begitulah situasi yang sukar diterima oleh Nurin Syakirah. Bolehkah dia hidup sebagai sepasang suami isteri bersama lelaki yang bernama Faizal Faiz?

Walaupun, cintanya terhadap Norsiah tidak pernah pudar, Faizal tidak mampu untuk menolak jodoh yang sudah ditetapkan oleh ibunya. Demi menjaga hati Hajah Sepiah, dia terpaksa menerima Nurin Syakirah sebagai isterinya dengan rasa berat hati walaupun tahu Nurin bukan gadis baik. Nurin punya hubungan dengan Shamsul sebelum mengahwininya. Lalu dia bersikap dingin dan tak peduli. Hanya di depan keluarga mereka berpura-pura baik.

Pergolakan rumah tangga Nurin dan Faizal semakin berkocak apabila Shamsul tidak berhenti mengejar Nurin untuk mendapatkan cinta gadis itu kembali. Isterinya, Jasmin, langsung tidak dihiraukan. Dan kemunculan Norsiah secara tiba-tiba membuatkan Faizal cuba mendekati wanita yang sudah menjanda itu. Tetapi semakin dia cuba untuk mencintai Norsiah seperti dahulu, wajah Nurin mula terbayang dalam fikirannya. Dia mula cemburu dengan isteri sendiri.

Apakah dia sudah jatuh cinta kepada isterinya kini? "


Bagi 4 star...star..star..star

No comments:

Post a Comment