Lihatlahh

Lihatlahh

Thursday, June 14, 2012

Samarinda Ameera

Assalamualaikum


Korang tengok tak cerita samarinda "AmeeraH"? Macam mane perasaan korang? Makin aku follow darah aku makin naik tengok..cerita sangat best dan banyak konflik yang kita tak saba nak tunggu episod seterusnya..fuh! Jum la layan citer tu dekat tv3 pukul 10.30 malam..kalau korang keje malam boleh la tengok siaran ulangan dekat tonton

Sinopsi dia~


Ameera (Rita) dan Ameer (Shamsul) merupakan pasangan suami isteri yang kaya. Ameera memiliki syarikat perabot mewah dan Ameer bekerja di pelabuhan. Walaupun Ameera kaya, dia tidak boleh mengandung. Kerana menyayangi suaminya, Ameera mencadangkan Ameer berkahwin lain supaya perempuan itu boleh mengandungkan anaknya. Mengikut perjanjian, setelah perempuan itu melahirkan anak Azmeer, Azmeer boleh menceraikan perempuan itu. Ameer tidak bersetuju namun Ameera nekad mencarikan perempuan yang boleh memberikan zuriat kepada Ameer melalui sebuah perjanjian.

Zila (Zarina), seorang gadis kampung dibawa oleh Farouk kekasihnya ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Dialah yang diupah oleh Ameera untuk berkahwin dengan Ameer. Konflik berlaku apabila Zila jatuh cinta kepada Ameer. Dia berubah menjadi tamak dan sanggup memecahbelahkan hubungan Ameera dan Ameer. Konflik2nya anda kena tengok sendiri dalam drama ini.



No comments:

Post a Comment