Lihatlahh

Lihatlahh

Tuesday, June 19, 2012

Team Building

Assalamualaikum..


yeah!aku kena pergi team building dekat ismah beach resort dekat melaka..see! mesti pergi kat melaka tempat tanah tumpah aku darah serta tempat aku study..hihi!cuma dia dekat masjid tanah je.wah! lom gaji lagi tapi kena shooping dulu..aduh! nak shopping track suit bagai..macam aku kena beli ni..mak tolong bagi duit!huwaaaaaaaaaaa...

Korang boleh tengok and view tempat yang aku nak pergi ni

dekat link ni:

Ismah Beach Resort

Monday, June 18, 2012

Aura warna pakaian

Assalamualaikum






Aku terima maklumat pasal aura warna ni melalui google(blogger), aku copy kan di sini untuk tahu bersama, betul atau salah aku pon tak pasti.

Berdasarkan The Low of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Low of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.
ISNIN, PUTIH (Gabungan / istirehat / pertahanan) 0- 279 nanometer
SELASA, PINK / VIOLET(Kesucian rohani) 380- 489 nanometer
RABU, BIRU (Kasih sayang / tumpuan) 490- 544 nanometer
KHAMIS, KUNING / OREN (Pemikiran / tenaga) 555-729 nanometer
JUMAAT, HIJAU (Keseimbangan / iman) 545- 554 nanometer
SABTU, MERAH (Keberanian / tuah / kemewahan) 730- 780 nanometer
AHAD, HITAM (Keberanian / tuah / kemewahan) 0- 279 nanometer
Walaupun warna putih dan hitam mempunyi bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera (medium vibration) pada hari isnin adalah rawak (menyamai konsep the state of metter of gases) dan penyerakkan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat (menyamai konsep the state of metter of water).
Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.
Hasil daripada kajian ini, berikut ialah beberapa contoh penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna yang resonan terhadap sesuatu hari. Penemuan ini diterangkan dalam bentuk Human Physiology.


ISNIN(putih)
Warna PUTIH adalah warna perangsang Kelenjar Pineal  dan Kelenjar Pitutary Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif danefisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal  dan Kelenjar Pitutary . Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.



SELASA(pink)

Warna PINK ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayangkepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untukmengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus



RABU (Biru)
Warna BIRU ialah warna perangsang kelenjar TyroidBiru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroidseperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.



KHAMIS(kuning/oren)
Warna KUNING ialah warna rangsangan sistem penghadaman  dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi
Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.



JUMAAT (Hijau)
HIJAU ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular dan respirasi  kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.





SABTU(Merah)
MERAH ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus , Otot, Darah, Tulang dan Saraf . Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti sepertibersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus , Darah dan Otot atau Tulang dan Saraf , amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.



AHAD(Hitam)
Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabugan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalan keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagkan mana-mana bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.


Wedding kak Lily

Assalamualaikum


Setelah penat berlari dekat dataran kemudian balik rumah siap-siap untuk pergi kenduri kahwin dekat bangi/kajang..hehe!Sebab ada En polis On je untuk pergi kenduri..aku ok jer kalau ada orang amik saya kan..kan..lagi-lagi makan kenduri..nyum..

Aishhh!keluar rumah punya la awal tetapi kami sesat dijalanan disebabkan kekompiusan jalan rumah pengantin.Kami tak sempat nak print maps jadi tulis alamat je.kalau ikut alamat tu  macam area kajang upenye rumah pengantin dekat bangi.aishh! siap-siap pusing kat kajang lagi taw masuk pulak hyway kajang silk padahal masuk je hyway putrajaya pon okey da dekat sangat dengan alamanda.Pastu en polis siap cal informer nak tahu jalan..berdekah-dekah aku pastu dengan maps BB aku tak tahu guna..hihi...Tq en polis bawak pergi makan kenduri..

Kepada Kak Lily,

Selamat pengantin baru
semoga berbahagia hingga akhir hayat......


walaupon lambat sampai nasib kawan-kawan tunggu aku..hihi..sempat borak gak sambil tunggu pengantin berkaraoke....sorry geng sesat di jalan kan...sayang gak korang dekat mok..hihi

adalah sikit gambar yang aku sempat curi dekat fb kak hazidah a.k.a G...

meh layan meh!




wit my sista...



bagai pinang di belah dua

bab kami memang suka!


see! pengantin berduit bernyanyi.then nampak budak pakai baju pink tu(same ngan baju aku)

posing-posing..layan




posing dipagi hari




















It rainning for fan run

Assalamualaikum..


Akhirnyer aku sampai ke garisan penamat untuk Team Malaysia.Tahniah buat kawan-kawan dan aku..hehe..walaupon 3km tetapi amat mencabar ok.Aku dan cheda gerak dan keluar daripada rumah pukul 6.30 pagi my Opismate amik kak fara.My opismate(kak ernie) dah sampai tetapi kena tunggu yang lain sebab kena dah rancang kumpul kat opis..ahhh!nak tahu mastermind yang ajak pergi event ni kedua-dua tak datang sebab balik kampung..hampeh ko!Aku ni ingat nak amik baju je sebab tengah murah kan sekali ramai join aku ikut jer..best dan enjoy wo...

Bila semua dah berkumpul kitorang pon berjalan kaki pergi dataran jauh gak dalam 3km same dengan jarak fan run.Lepas tu stand by untuk berlari bila ada announcement utk gathering 3km kitaorang bergerak ke garisan permulaan tapi tak la permulaan sangat sebab ramai yang joing termasuk anak yang duduk dalam stroller..hihi!bayangkanlahhh...

pistol pon berbunyi untuk memulakan berlari dan mula-mula lari-lari anak gak tapi da tak larat aku berjalan jer pastu sms chedah cakap ko jalan la dulu aku kat belakang jumpa kat dataran je...hehehe...teramat sangat   penat berlari..sekali tu ada bunyi siren guruh dan petir dan turun hujan dengan lebat tengah berjalan..pehh memang terbaik berlari dalam hujan dan basah lencun.Dalam pikiran aku pikir my BB.aduhhh mesti basah...seyes risau tapi aku tawakal jer...

Sesekali kena hujan seronok taw ape ntah lagi lebat sesangat...memang best!tapi hujan semalam berpenyakit sebab hujan jerebu dan pagi tu tengok cuaca jerebu agak tebal.sekali hujan..alhamdullilah...sape join fan run dan rase tak sedap badan cepat-cepat pergi klinik na..check taw..

Akhir aku berjaya sampai dengan tak nampak jalan sebab cermin mata da kabus kena guna wiper jari taw baru boleh nampak jalan..Aku dapat sijil dan medal serta goodie bag...hepi yaww!

sudah tamat berlari dan berehat-rehat dekat khemah yang disediakan.Kitorang pergi tengok artis secara dekat je nampak la si remy ishak,liyana jasmay,elfira loy, altimate dan adik mia sara yang comel tu.Then nak mintak tandatangan ramai orang lah lagipon kitorang nak balik lahhh...posing jap kat garisan start dan finish baru gerak jalan balik..

Abis segala lemak aku buang kan dan ktorang singgah kedai mamak ktm(tak tahu name kedai)hihi!tambah kolestrol dengan makan roti telur dan air nescafe tarik..terbaik..!thanks kepada kak mun(opismate) belanje kitaorang makan.


Gambar sebentar lagi aku attach na:)

Friday, June 15, 2012

Sambut besday mak

Assalamualaikum...


Minggu lepas aku balik kampung sebab ada kenduri kawen dan nak sambut besday mak yang da lepas..Dapat gak aku belikan kek dekat bts(bandar tasik selatan) hehehe..import daripada kL tu..jauhkan!Lepas aku belikan beg sling dan kemeja untuk mak..orite kan..

Nasib kakak aku jemput separuh jalan tak la jenuh aku bawak kek ni..



Mak!hepi besday..Semoga panjang umo dan dilimpahkan rezeki...amin! sayang sangat dekat mak..

Hadiah besday

Assalamualaikum...


Dapat hadiah..yeah!from mak dan abah..terima kasih banyak mak dan abah!tak terkata time beli..pilih je sebab takot tak sempat nak naik bas nak balik kL...so ikut gerak tangan je...

Tara dapat ni....

Tukar mata baru kan..



Thursday, June 14, 2012

Study Bahasa

Assalamualaikum..


Korang pernah guna bahasa F tak?hoho..aku baru belajar tadi dengan opismate sebab tadi ada "mafmatfat bafaufu kefetifikakfa kufuatfat gifilerfe"..faham tak?cari sendiri na...aku baru nak belajar ni siap google lagi...adeh pening lak belajar bahasa lain ni..lagipon mase aku study dulu ada member aku cakap bahasa K lagi sepatah haram aku tak tahu..entah-entah ngutuk aku belakang pon tak tahu sebab bahasa ni time nak ngumpat atau citer menda rahsia taknak orang lain tahukan..tapi menda ni elok gak kalau nak citer bukan-bukan dari anak-anak kepada sape-sape yang anak da beso-beso..

Tolong aku nak sangat belajar menda ni dari dulu tak lepas sape boleh ajar..

contohnya :-

a ku = a Fa ku Fu.
sa yang = sa Fa yang Fang.
di a = di Fi a Fa.
Di am = di Fi am Fam.
Na si = na Fa si Fi.
e sok = e Fe sok Fok.


Tak salahkan belajar make a perfect...huhu...


Samarinda Ameera

Assalamualaikum


Korang tengok tak cerita samarinda "AmeeraH"? Macam mane perasaan korang? Makin aku follow darah aku makin naik tengok..cerita sangat best dan banyak konflik yang kita tak saba nak tunggu episod seterusnya..fuh! Jum la layan citer tu dekat tv3 pukul 10.30 malam..kalau korang keje malam boleh la tengok siaran ulangan dekat tonton

Sinopsi dia~


Ameera (Rita) dan Ameer (Shamsul) merupakan pasangan suami isteri yang kaya. Ameera memiliki syarikat perabot mewah dan Ameer bekerja di pelabuhan. Walaupun Ameera kaya, dia tidak boleh mengandung. Kerana menyayangi suaminya, Ameera mencadangkan Ameer berkahwin lain supaya perempuan itu boleh mengandungkan anaknya. Mengikut perjanjian, setelah perempuan itu melahirkan anak Azmeer, Azmeer boleh menceraikan perempuan itu. Ameer tidak bersetuju namun Ameera nekad mencarikan perempuan yang boleh memberikan zuriat kepada Ameer melalui sebuah perjanjian.

Zila (Zarina), seorang gadis kampung dibawa oleh Farouk kekasihnya ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Dialah yang diupah oleh Ameera untuk berkahwin dengan Ameer. Konflik berlaku apabila Zila jatuh cinta kepada Ameer. Dia berubah menjadi tamak dan sanggup memecahbelahkan hubungan Ameera dan Ameer. Konflik2nya anda kena tengok sendiri dalam drama ini.



Wednesday, June 13, 2012

Ber Fan run sangat lahh

Assalamualaikum..



Yeah! gempak tak korang tengok aku punya status..hihi! Aku nak berlari memang lambat la kann...sempena Team Malaysia ada buat event fan run then kerana opismate ramai masuk aku pon join..ekceli aku nak baju pantera jer...hahaha! Korang jom la join hari ahad ni 17/06/2012 lari sejauh 3km jer..tapi aku berjalan dan bersiar-siar jer...posing sana sini...malas deh! tapi kira okey la join kan...Aku nak medal and sijil..bestnye..tak saba ni...Then aku dah dapat baju tu..

Jeng..jeng..jeng..


Mutiara kata UAI

Assalamualaikum

"Carilah calon suami atau isteri yang boleh membahagiakan kamu, Tak comel  Tak pe..Boleh tutup Lampu"

Macam-macam tahu je kuiz ni aku nak macam mane kan..hahaha!ni bila bosan ngadap facebook tak tahu nak wat pe so main lah kuiz yang ngek..bila jawab kelakar gak..

Tuesday, June 12, 2012

KPF (Koperase Permodalan Felda)






Setelah umur 25 tahun ni aku baru tahu ape itu kpf..korang nak tahu boleh tengok kat sini kpf?hoho..Time ni sibuk nak masuk kan.. kpf ni khas untuk orang FELDA sahaja. Ramai gak yang join because dividen yang agak tinggi atau dalam erti kata lain,sejak ditubuhkan dividen tak pernah kurang 10%. Hopefully KPF ni diluluskan.

Antara golongan yang join :

1. Peneroka
2. Isteri peneroka
                                                                     3. Anak peneroka
4. Kakitangan 
5. Isteri kakitangan
6. Anak kakitangan


Cara nak join:

1. Mintak borang dekat pejabat FELDA kat tmpat korang @ download kat laman web HERE atau pergi  main office FELDA kt KL . Paling senang minta kat pejabat felda kt tmpt anda

2. Hantar borang bersama dengan (Nak senang hantar ke pejabat felda tmpt anda):
- Satu salinan IC
- Salinan slip gaji/penyata pendapatan (Jika anda bekerja)
- Bayaran masuk RM20 (Beli wang pos RM20 kat pejabat pos)
- Satu salinan IC Suami/Bapa/Emak (Sy letak nama ayah dlm borg, jd IC ayah kena photostat)
- Satu salinan sijil perkahwinan
- Surat Pengesahan Pengurus Rancangan/Majikan (Kalau hantar ke pejabat felda tmpat sendiri, yg ni xyh la hantar kn.Diaorg akan uruskan)

Lepas tu?
 Lepas dah hantar borang ke pejabat felda anda, nanti diaorg akan hantar borang yg siap diproses ke pejabat felda di KL. 
Nanti kalau diluluskan, korg akan dapat no pengesahan/akaun dari pihak KPF sendiri
Then, baru boleh melabur dalam KPF ni.

Cara melabur:
1. G maybank
2. Isi borang mcm nk simpan duit tp guna no yg pihak KPF dh bagi
3. Kalau xphm, tanya kaunter maybank ye

Itu je info yg sy tau dari my dad yg dah ada nama dlm KPF 1
Sy punya borg pn tgh proses lagi, tunggula ye sy update lagi tentang KPF ni
Kalau ada info kt atas ni yg silap, harap diperbetulkan
Harap sgt permohonan diluluskan. Tak sabar nak melabur

Bagi anak FELDA, pls rebut peluang ni
Walau sikit pn anda melabur, tp ini utk jangka masa panjang
Lama-lama jadi bukit kn?

Wednesday, June 6, 2012

Dating Again

Hehehe...


Aku pergi dating dengan en persona..aishhh!En persona sms nak datang kl..aku ok jer...sebab dia cakap lame tak jumpa kan..yippi! suka ada orang ajak kuar...hahaha..Aku pon layan jer..dia sampai dan  tak tahu nak pergi mana kan..ikut jer kete tu pergi mana-mana...hahaha..sekali aku pergi damansara lahhh!

So nampak one utama..masuk situ jalan-jalan takde pape kitorang keluar la..decide pergi the curve pulak!huh layan..cari-cari..jumpa!senang rupanye..Dia decide pergi karaoke then full pulak...haha..so aku ajak dia tengok wayang..tapi banyak wayang dah terlepas..hihi..tengok ape yang ada..kitorang pilih citer KAU ADA,AKU ADA..layan gak lahh kelakar wey...

korang pergi lahh tengok kalau tak nak tengok takpe sebab korang boleh download kan...


Ce gini lagu dia...tangkap jiwang wey..




sling bag

Hi uOls..


Baru ni saje view-view beg dekat satu page facebook..so aku berkenan beg dia cantik..layan-layan sekali tertangkap dua beg yang menarik..

beg tu satu wane merah and satu hitam....

pewwwittt baru tu....


Nasi ayam chee meng

Hi Uols..


Sejak akhir-akhir ni aku pergi tempat makan yang aku tak pernah pergi contoh hari isnin aku pergi makan ikan bakar bellamy memang superb wey!sodap giler..layan abis taw..pehh!meleleh air liur bila ingat taw.lupa nak amik gambar sebab sibuk makan kan..

Lepas tu semalam aku pergi makan nasi ayam pulak dekat bukit bintang name tempat tu "nasi ayam cheemeng".Fuhhhh!memang terbaik lahhhhh....sedap weyyyyy!!makan-makan tu lah tempat yang aku boleh suggest na...

Layan gambar na..


Tu yang wane hijau kedai dia:)

muka tak bley blahh(testing my fon oleh my opismate)

pizza hut

Hi uols..


Lapa pulak tengok tajuk ni...nak bagi korang terliuq..huhuhu!bersama geng selempang tak keluar jalan-jalan waktu lunch memang tak sah tapi sejak akhir-akhir ni semua buzy bagai tak keluar la kami...lama kott betapa kat opis..huhu...

Tempat selalu lepak memang mid valley pujaan hati..orang kaya makan kat tempat standard je...hahaha!ayat memang tak boleh blahh ni ayat bagi orang biasa-biasa je nak berlagak konon ada duit...hahaha!bila nak bayar terkemut-kemut nak kuar duit.....

Biasalah kalau keluar memang amik gambar untuk kenangan dan tempek kat my diaries ni cuma ada mase dan suka-suka macam ni je boleh update kan..

layan picture ni..





Tuesday, June 5, 2012

TowertHon Night at KL Tower

Hi Uols

Name macam gempak je tapi bagi aku tak gempak sangat...Aku join towerthon atas dasar kawan ajak...saje-saje sambil boleh tengok menara Kuala Lumpur tu kan yang aku tak pernah pergi lahh!

Meh aku storyy towerthon ni..naik tangga sebanyak 5000sumthing anak tangga persamaan 23 tingkat setiap kali nak pergi tingkat yang bernombor kena lalu 4 tangga..bayangkan okey!see...

haha...memang takkk lahh aku naik atas just aku naik sampai tingkat 8 jer..oklah tu aku mencuba tanpa buat exersice bagai..hoho!giler..giler..giler..tapi aku tak dapat medal la..sedih gak..nak wat macam ne memang nak pengsan kot kalau sampai atas..hehe...

yang penting boleh bergaya dengan baju jer:)



Monday, June 4, 2012

selamat hari ibu

Hi uols..


Sory lambat sangat buat entry ni..

"Selamat hari emak untuk mak..semoga mak bahagia dunia dan akhirat"..wish guna hp jer:D tapi hari-hari bersama mak sebab mesti kena report waktu pagi...

Aku wish bukan sambut kerana ada fatwa kate haram.


sempena ari ibu..kami yang bujang-bujang trang tang..tang! dapat bunga kerana waktu tu dekat apartment kitorang ada erobik join jer so tak hengat persatuan mane ntah yang bagi bunga tu...

hehehe...seronok kot




Makan kenduri + nasi Ganja

Hi Ouls...


Hari ini ape korang buat...takde makan kenduri ke?Mesti ada kan...Hari ini aku ada makan kenduri dekat perak yang kawen my opismate merangkumi housemate...bertambah mate lahhhh!hihi..Aku tumpang my opismate kak radin..So aku gerak awal daripada umah pukul 8 lebih sebab nak singgah kl sentral untuk beli tiket balik kampung minggu ni..yeah balik kampung demo..Lepas tu,aku singgah MCD untuk walk thru makan hot cake with tea untuk breakfast la settle sume aku gerak pergi lrt sebab janji ngan kak radin jumpa kat lrt setiawangsa sebab nak jumpa opismate zulfi yang ajak konvoi dekat rnr rawang pukul 10. Lepas tu,zulfi jadi lead sebab kitorang tak bawak maps untuk pergi wedding.hahaha!kalau tak terjah je..

Perjalanan pergi semua okey dan sampai rumah kenduri dan kitorang berebut nak makan lapa..hahaha!makanan sedap wey...ada macam-macam juadah..Tak sempat nak lepak ngan pengantin sebab nampak makanan..hehehe..tahu-tahu dah sampai pengantin laki..pengantin sweet sangat lagipon pakai warne peveret tu... adalah wane PINK...hehe..kak as..serius sangat cantik tadi...berseri-seri taw...







Selamat pengantin baru kak As...Berbahagia hingga akhir hayat!


Lepas kenduri rumah kak as..Zulfi decide ajak pergi ipoh so kak radin ok and aku follow je...hihi!sebab nak cari nasi ganja yang pemes dekat IPOH tu...Pergi ipoh amik mase 1 jam lagi.Tapi kat sana sudah ada orang tunggu kak mun(my exec merangkumi opismate) and hubby.So bila sampai tinggal duduk..pehh memang ramai kat situ dan nak amik makanan siap beratur disebabkan hubby kak mun sudah ada biasa kat situ order saje bah...tunggu dan sampai makanan..Mables nasi ganja sampai sekarang terngiang-ngiang taw!Jum kiter pergi ipoh lagi..

Nanti layan gambar na:)




sekitar bandar ipoh

dalam kedai( tak tahu name kedai)


sedapnyer lapa bila ingat nasi ganja ni!aishh betul ganja ni..



Makan sampai menjilat jari so kak mun ajak lepak umah mak mertua dia untuk rehatkan badan dan mandi kan budak-budak kecil tu macam kak radin dan zulfi..hah! dapat la aku cas hp sebentar sebab bateri flat..memang aku kena cari bateri spare pasni...harus!

TQ tuan rumah (mak mertua kak mun)



see! jalan jem waktu keluar tol ipoh


Siap semua untuk balik kl pulak sekali korang tahu keluar daripada tol ipoh..mak aiihhhh! jem giler wey jalan pon slow emotion kot...huhu....